Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki sertai PKR, didorong semangat kental Anwar

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama Malaysia, Afdlin Shauki, untuk berkhidmat kepada masyarakat.



PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, kata Afdlin, menawarkan ruang dan kedudukan kepada beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.



Pada masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Datuk Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorongnya untuk mendekati rakyat, lapor Astro Awani.



Menurut Afdlin, jiwa besar dan dedikasi Datuk Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerih perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.



"Jiwa besar Datuk Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.



"Datuk Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengsaraan yang beliau dan keluarga lalui.



"Nilai yang ada dalam diri Datuk Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR," kata Afdlin ketika dihubungi Astro Awani.



Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Datuk Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar hari ini di sebuah hotel di Ampang.



Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti Umno semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.



"PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum lain.



"Dan Datuk Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada," tambah Afdlin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >