Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pembesar suara masjid untuk azan, iqamah sahaja: Mufti Pulau Pinang

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Penggunaan pembesar suara masjid sepatutnya dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.



Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jika kariah bebas menggunakan pembesar suara untuk aktiviti masjid yang lain, ia dikhuatiri mengganggu komuniti setempat.



"Untuk Pulau Pinang kita tidak wartakan, ia terpulang pada budi bicara kariah masjid atau surau tetapi seboleh-bolehnya pembesar suara luar masjid digunakan hanya untuk laungan azan dan iqamah kerana itu sebagai lambang Islam.



"Kita nak beribadat buat apa kita ganggu orang, dia tidak datang ke masjid kerana tidak bersedia untuk dengar tazkirah, ceramah dan sebagainya.



"Kalau dia nak datang ke masjid kita benar dia guna pembesar suara dalam," katanya kepada Sinar Harian.



Datuk Dr Wan Salim berkata, sepatutnya tidak timbul soal dahulu kenapa boleh guna pembesar suara luar untuk mengaji, ceramah tetapi sekarang tidak boleh.



"Suasana berubah, fatwa juga kena berubah. Walaupun Pulau Pinang tidak wartakan, cuma kita nasihatkan kariah-kariah tidak menggunakan pembesar luar untuk aktiviti lain selain azan dan iqamah.



"Ini kerana kita ada terima aduan daripada penduduk berdekatan dengan masjid atau surau ada orang sakit, warga emas uzur, anak-anak kecil, orang nak berehat balik kerja dan pelajar hendak ulangkaji pelajaran, jadi ada rungutan itu.



"Jadi kita tidak boleh ikut semangat kita sahaja, kena ambil kira suasana yang sekarang. Berbeza di kampung dulu antara masjid dengan rumah jauh-jauh, jadi sebelum subuh nak baca al-Quran dan sebagainya untuk guna pembesar suara luar tidak jadi masalah.



"Tapi sekarang di bandar, kawasan perumahan begitu hampir dengan masjid jadi kena fahamlah jika keadaan dan situasi berubah, fatwa juga boleh berubah," ujarnya.



Sebelum ini Datuk Dr Wan Salim berkata fatwa yang membenarkan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau seluruh negeri ini hanya untuk laungan azan dan iqamat adalah selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.



Beliau berkata, aktiviti lain seperti bacaan al-Quran, zikir, qiamullail, ceramah dan kuliah dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak.



Ini kerana, katanya, perbuatan tersebut boleh mengganggu orang ramai sama ada muslim atau bukan muslim.



Menurutnya, perlu diketahui bahawa Islam melarang umatnya daripada menyakiti orang lain sama ada secara fizikal mahupun emosi.



"Ini termasuklah memaki hamun, mencerca, mempersenda, menghina, mengganggu ketenteraman dan sebagainya.



"Larangan ini boleh difahami daripada banyak nas al-Qur'an dan hadis, antaranya firman Allah swt dalam ayat 55 surah al-A'raf yang bermaksud: Serulah Tuhan kamu (melalui doa, zikir, munajat dan lain-lain) dalam keadaan menghina diri dan memperlahankan suara, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.



Datuk Dr Wan Salim berkata, melihat dari sudut dakwah, penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau boleh menjejaskan imej Islam dalam kalangan orang bukan Islam.



"Mereka mungkin salah faham terhadap agama Islam dan beranggapan ia adalah agama yang mengajar umatnya bersikap keakuan, eksklusif dan tidak sensitif kepada kepentingan orang lain.



"Ini boleh menghalang mereka daripada mendekati agama Islam dan cuba memahaminya sebagai agama rahmat untuk sekalian manusia.



"Kesemua ini merugikan usaha-usaha dakwah untuk menarik lebih ramai lagi penduduk Malaysia yang bukan Islam kepada agama kita," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >