Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA-PILIHAN RAYA UMUM KE-15 MALAYSIA

Pemilihan Speaker ujian pertama majoriti Anwar

Urusan pertama sidang Dewan Rakyat baru pada 19-20 Dis; Agenda lain termasuk usul percaya terhadap perdana menteri
Dec 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia ke-15 akan bermula dengan mesyuarat Dewan Rakyat pada 19 dan 20 Disember, menurut notis yang dihantar kepada anggota parlimen (AP) semalam, dengan urusan pertama adalah pemilihan speaker Dewan Rakyat.



Proses ini akan menjadi ujian pertama majoriti Perdana Menteri baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ini akan diikuti dengan upacara angkat sumpah AP dan pemilihan timbalan speaker Dewan Rakyat.



Usul percaya terhadap perdana menteri disenaraikan sebagai perkara kelapan dalam agenda itu.



Memandangkan majlis angkat sumpah dijangka berlangsung tidak lebih tiga jam, pembentangan usul percaya berkemungkinan besar akan berlaku pada 19 Disember.



Agenda terakhir ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.



Datuk Anwar juga akan menyahut cabaran daripada pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membuktikan yang beliau mempunyai cukup bilangan kerusi bagi membentuk kerajaan.



Tan Sri Muhyiddin juga telah mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk menjadi Perdana Menteri sebaik saja pilihan raya umum ke-15 (PRU) selesai bulan lalu, sebelum kekecohan yang berlaku dihuraikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan melantik Datuk Anwar bagi jawatan itu.



Terdapat beberapa cara undi percaya itu boleh dilaksana, kata speaker Dewan Rakyat yang lalu, Tan Sri Azhar Azizan Harun.



Beliau, yang menjadi speaker Dewan Rakyat semasa dua pentadbiran sebelumnya sejak Julai 2020, dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata undi percaya itu boleh diusulkan pada sidang hari pertama, sebaik saja selesai upacara angkat sumpah AP, tetapi sebelum ucapan Agong.



Tan Sri Azhar berkata AP kerajaan harus terlebih dahulu memfailkan penangguhan ucapan Agong.



Ini bukan kali pertama hal seperti ini dilakukan di Dewan Rakyat, kerana pada 1999, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berbuat demikian ketika menghadapi cabaran supaya beliau melepaskan jawatannya.



Sementara itu, Datuk Anwar mengatakan urusan pertama selepas pelantikan speaker Dewan Rakyat ialah usul undi yakin terhadap beliau.



"Sekarang Tan Sri Muhyiddin telah mencabar kekuatan kita, yang mana beliau tidak seharusnya berbuat demikian, kerana saya bukan seorang perdana menteri seperti beliau," kata Datuk Anwar, sebagaimana dipetik oleh The Star.



"Sebenarnya, saya telah meminta Pakatan Harapan (PH) sendiri yang mengusulkan undi yakin ini pada hari pertama sidang Parlimen," ujar Datuk Anwar semasa satu sidang media di pusat golf di Sungai Long pada 24 November lalu.



Datuk Anwar berkata beliau akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan yang baru, bersama Barisan Nasional (BN), PH, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sebuah perikatan yang besar.



"Kita mempunyai 130 atau 140 kerusi. Saya tidak fikir ada masalah tentang kestabilan, apa yang kita perlukan adalah memastikan perpaduan nasional harus didahulukan daripada perikatan," ujar Datuk Anwar.



Beliau juga berkata dua timbalan perdana menteri dari negeri Borneo dan Semenanjung Malaysia akan dipertimbangkan.



"Kerana komponen terbesar di Sabah dan Sarawak adalah GPS, maka kerana itu kita akan menimbangkannya," kata Datuk Anwar.



Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan perikatan lain bekerjasama dalam kerajaan perpaduannya, termasuk pemimpin PN.



Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Anggota Parlimen dan dipilih melalui pilihan raya. Ahli Dewan Negara dikenali sebagai Senator, dengan 26 daripada mereka dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 44 oleh Agong. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >