Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang Gaza:Perspektif Palestin

Feb 19, 2024 | 05:30 AM



Selama beberapa abad, Eropah telah menjajah kawasan lain di dunia secara meluas. Ini meninggalkan banyak legasi dan dilema.

Bekas kuasa kolonial seperti Belgium, Perancis, Jerman, Italy, Belanda, Portugal, Sepanyol dan Britain, secara tekal menimbulkan cabaran politik, ekonomi dan sosiobudaya, ke atas bekas tanah jajahan mereka, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Dalam usaha untuk menutup masa lalu mereka yang bermasalah, pelbagai naratif Eropah telah melabelkan penduduk yang dijajah sebagai ganas, radikal dan anti-Semitic.

Manipulasi itu dan kesannya amat ketara dalam konteks perang berterusan ke atas Gaza.

Kepalsuan dan Tuduhan

Sebagai contoh, kajian terhadap rakyat Palestin akan mendedahkan bagaimana peristiwa sejarah, seperti pembersihan etnik penduduk asli Palestin dan pemindahan tanah mereka kepada militia Zionis Eropah dilakukan.

Tindakan yang mendapat sokongan kuasa kolonial Eropah, terutamanya Britain selepas Perang Dunia Kedua, telah menyumbang kepada konflik Israel-Palestin yang sukar dikawal.

Sudah sekian lama, Eropah secara konsisten menafikan hak rakyat Palestin untuk wujud sebagai sebuah negara.

Mereka tidak menolak penyelesaian dua negara sekarang. Namun, mereka menjadikan Palestin sebagai kambing hitam yang mudah untuk membersihkan ketidakadilan yang dilakukan oleh Zionis Eropah.

Mereka menuduh Palestin sebagai ganas, radikal, dan anti-Semitic.

Bagaimanapun, ini tidak mengaburkan fakta bahawa Zionis Israel, walaupun mendakwa asal usul di Timur Tengah, pada asalnya terdiri daripada peneroka Yahudi Eropah yang hanya tiba dari Eropah pada awal 1920-an.

Bagi warga Israel, perang ke atas Gaza bukan sahaja antara Israel dengan Hamas, malah perang yang bertujuan menyelamatkan tamadun Barat.

Bagi rakyat Palestin di Gaza, ia adalah satu percubaan terdesak untuk keluar daripada belenggu Israel dan menuntut hak mereka menentukan nasib mereka sendiri.

Ironinya, rakyat Palestin menanggung berat peralihan kesetiaan Eropah kepada orang Yahudi.

Eropah meminta pengampunan untuk sejarah anti-Semitic, dengan menundukkan rakyat Palestin kepada bentuk penganiayaan baru, mencerminkan pemikiran yang tertanam dengan sifat perkauman, ketuanan kulit putih, dan Islamofobia.

Media Eropah menggambarkan rakyat Palestin sebagai ganas dan radikal, dan dengan menganggap mereka sebagai manusia yang hina, menjadikan kemusnahan mereka kelihatan kurang tercela.

Pengepungan Israel terhadap Gaza dan menyifatkan penduduknya sebagai ‘haiwan’ menggambarkan pendekatan yang tidak berperikemanusiaan.

Kewujudan bersama
dan kemanusiaan

Sepanjang sejarah, rakyat Palestin tidak menyimpan dendam terhadap orang Yahudi, atau terlibat dalam keganasan, radikalisasi, atau perkauman.

Terutamanya, Palestin telah menjadi rumah kepada orang Yahudi Samaria di bandar Nablus sejak sekian lama, dan rakyat Palestin menganggap mereka sebahagian daripada masyarakat mereka, menyertai perayaan mereka dan mempertahankan mereka daripada pendudukan tentera Israel.

Pandangan negatif terhadap rakyat Palestin dilakukan oleh penjajah Eropah.

Rakyat Palestin telah bertegas menentang mereka, dari British hingga Zionis Israel, secara fizikal dan moral, berdiri bersatu menentang ideologi diskriminasi dan usaha untuk menjenayahkan mereka.

Rakyat Palestin setiap hari menegaskan tentangan mereka terhadap penghinaan Eropah, berdiri teguh ketika tanah mereka dirampas dan kanak-kanak dibunuh oleh Yahudi Zionis.

Rakyat Palestin secara aktif memerangi anti-Semitic menjelaskan perbezaan antara orang Yahudi dengan Zionis.

Walaupun tidak ada kewajipan untuk mempertahankan agama Yahudi, mereka berbuat demikian untuk mengelakkan daripada tunduk kepada kebencian.

Berdasarkan pengalaman langsung, rakyat Palestin memahami bagaimana agama boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik.

Rakyat Palestin menekankan kemanusiaan dan belas kasihan walaupun dalam masa yang mencabar, menolak label yang tidak berperikemanusiaan daripada orang Eropah yang bersikap perkauman kulit putih.

Mereka dengan tegas menentang digambarkan oleh pemimpin Israel sebagai “Manusia Haiwan” dan “Anak Kegelapan”.

Mereka menolak perbuatan mencederakan orang yang tidak bersalah, berdasarkan perbezaan anggapan, menentang perkauman dan menjaga semangat manusia untuk bebas, meskipun di tengah-tengah percubaan untuk menghapuskan mereka.

Sama seperti perjuangan negara peribumi bebas lain di selat yang sama, rakyat Palestin tegas dalam perjuangan mereka menentang penjajah, untuk demi kemerdekaan atau pembebasan mereka.

Perlu diperhatikan bahawa penjajah di bumi Palestin, yang menyimpang daripada corak penjajahan Eropah yang biasa, menggunakan agama Yahudi buat kali pertama untuk memajukan agenda politik mereka.

Bagaimanapun, penyelewengan itu tidak mengubah kebenaran asas, bahawa semua bentuk penjajahan akan berakhir kelak, termasuk kes Palestin.

Daya penggerak yang tidak dapat dilawan di sebalik perjuangan Palestin adalah pembebasan.

Pencarian kebebasan ini tidak terhad kepada penjajah tertentu, tetapi meluas kepada orang lain, termasuk penjajah Yahudi, Kristian, Hindu dan Islam.

Melangkaui Naratif Serong

Kesimpulannya, kecenderungan Eropah yang semakin meningkat untuk menyalahkan suara Palestin, mendedahkan kecenderungan yang membimbangkan untuk menjatuhkan rakyat Palestin Arab, seolah-olah mereka adalah penghasut perkauman dan kekejaman terhadap penjajah mereka.

Secara paradoks, rakyat Palestin dijangka bersikap baik terhadap Yahudi Zionis ketika Eropah bergelut dengan kesalahan sejarahnya.

Tuntutan untuk kebaikan ini, adalah sebahagian daripada naratif yang menyeleweng yang meminta rakyat Palestin untuk memberikan kebajikan kepada kumpulan yang pada asasnya membentuk pasukan penjajah yang ganas.

Ini adalah cara Eropah untuk membebaskan diri daripada rasa bersalah, yang berkaitan dengan Holocaust, menekankan pelajaran penting tentang akar perkauman dan beban tidak adil, yang dikenakan ke atas individu yang tidak bersalah.

Gema sejarah mendedahkan sikap Eropah untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatannya.

Walau apa pun, orang asli yang berdaya tahan, sama ada di Palestin, Algeria, atau Afrika Selatan, telah menolak untuk tunduk kepada perangkap perkauman dan melenyapkan penghayatan hidup manusia yang aman dan bebas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >