Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi sedia normalisasi dengan Israel jika negara Palestin diwujudkan

Feb 07, 2024 | 01:16 PM



KAHIRAH: Arab Saudi telah memberitahu Amerika Syarikat pendiriannya bahawa tidak akan ada hubungan diplomatik dengan Israel melainkan diwujudkan negara Palestin yang merdeka dan dihentikan “pencerobohan” Israel di Jaluran Gaza, kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan pada 7 Februari.


Jurucakap Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby, pada sehari sebelumnya berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden telah menerima maklum balas positif bahawa Arab Saudi dan Israel bersedia untuk terus mengadakan perbincangan normalisasi hubungan diplomatik.

Kerajaan Saudi mengeluarkan kenyataan itu untuk mengesahkan pendiriannya yang teguh kepada Washington dalam isu Palestin berdasarkan komen yang dikaitkan dengan kenyataan oleh Encik Kirby, kata kementerian itu.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menyatakan pemerintah de facto Arab Saudi mengulangi minat dalam hubungan dengan Israel tetapi mahu konflik Gaza ditamatkan dan Palestin diiktiraf sebagai negara berdaulat.

Katanya, mengenai menjalin hubungan dengan Israel, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengulangi pendirian untuk meneruskannya.

“Bagaimanapun, Putera Mahkota juga menetapkan dua syarat iaitu menamatkan konflik di Gaza dan laluan yang jelas serta boleh dipercayai untuk penubuhan sebuah negara Palestin,” katanya kepada pemberita di Doha sehari selepas pertemuan mereka di Riyadh.

Idea Israel dan Arab Saudi secara rasmi mengukuhkan hubungan diplomatik telah dibincangkan sejak Saudi memberikan persetujuan secara senyap-senyap mereka kepada dua negara jirannya, Amiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Kedua-dua negara itu telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada 2020.

Saudi menggantung rancangan yang disokong Amerika untuk menormalkan hubungan dengan Israel, sumber yang biasa dengan pemikiran Riyadh memberitahu Reuters pada Oktober ketika perang antara kumpulan militan Palestin Hamas dengan tentera Israel semakin memuncak.


Perang meletus di Gaza selepas militan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.


Israel bertindak balas menerusi pengeboman dan serangan darat yang berterusan yang sehingga kini mengorbankan lebih 27,000 rakyat Palestin.


Perang juga menyaksikan Israel mengepung Gaza dan memutuskan bekalan makanan, air, elektrik dan gas yang menyebabkan krisis kemanusiaan yang teruk di wilayah itu.

Pendirian terbaru Saudi itu adalah sebagai mengulangi kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, kepada panel di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada 16 Januari di Davos, Switzerland.

Beliau berkata bahawa kerajaannya sedia mengiktiraf Israel jika persetujuan menyeluruh dicapai yang merangkumi kenegaraan bagi Palestin.

“Kami bersetuju bahawa perlunya keamanan serantau termasuk Israel tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin menerusi pembentukan sebuah negara Palestin,” tegas beliau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >