HUBUNGAN dua hala Filipina-Amerika Syarikat tergenjot baru-baru ini ekoran pemberitahuan negara Asia Tenggara itu yang secara mengejut mahu menamatkan kerjasama tentera dengan adikuasa dunia itu.
Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, telah secara rasmi mengumumkan penamatan Perjanjian Pasukan Pelawat (VSA) yang berusia 20 tahun.