Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat MAS tidak dapat dihubungi pusat kawalan trafik

Mar 11, 2014 | 05:18 PM



Malaysian Airlines (MAS) telah mengesahkan pesawat MH370 yang membawa 239 orang tidak dapat dihubungi pusat kawaan trafik udara selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, awal pagi tadi.


Usaha mencari dan menyelamat kini sudah dilancar bagi menemukan pesawat tersebut.


Ketua Eksekutif MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya, berkata syarikatnya sedang menghubungi para waris penumpang dan kru kapal terbang tersebut.


"Kami amat menyesali tidak dapat menghubungi penerbangan MH370," kata beliau dalam kenyataan kepada akhbar The Straits Times.


"Tumpuan syarikat penerbangan ini ialah untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dan kecemasan serta mengembleng bantuan dan sokongan penuh." 


MAS berkata, pesawat Boeing B777-200 itu meninggalkan Kuala Lumpur sekitar 12.41 pagi dan seharusnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi tadi.


Tapi ia terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.


Pesawat tersebut membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anggota kru.


Menurut agensi berita Xinhua, terdapat 160 penumpang dari China.


Ia menyatakan hubungan terputus dengan pesawat ketika berada dalam ruang angkasa Vietnam.


Xinhua juga menukil pihak berkuasa China yang menyatakan pesawat tersebut tidak memasuki ruang pengawalan trafik udara China.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >