Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pihak berkuasa giat padam kebakaran belukar di hutan Pengerang

Oct 18, 2023 | 01:16 PM



KOTA TINGGI: Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor pada Rabu bertungkus lumus dalam usaha memadamkan baki sembilan hektar kawasan belukar yang masuk hari ketiga terbakar di kawasan hutan di Pengerang.


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pengerang, Encik Mohd Khairul Sufian Dahari, berkata setakat ini pihaknya telah berjaya memadamkan 23 hektar kawasan belukar yang terbakar di Bypass Sebana Cove-Punggai.

Beliau berkata 15 anggota daripada BBP Sebana Cove, BBP Punggai dan BBP Kota Tinggi dengan tiga jentera terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran di darat.

Katanya, pesawat AW139 (BMB 07) daripada Pangkalan Udara Bertam bersama tujuh kru dan pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Lapangan Terbang Subang bersama tujuh kru turut membantu operasi pemadaman api berkenaan.

“Pelbagai teknik digunakan dan operasi pemadaman dibahagi kepada lima sektor iaitu A, B, C, D dan E.

“Pemadaman di lapangan di sektor A dan C menggunakan teknik total flooding menggunakan fix monitor sumber air terbuka dari kawasan berhampiran.


“Secara keseluruhannya, sebanyak 27 kali pelepasan air dari helikopter Bomba jenis AW139 dan 18 kali pelepasan air dari pesawat Bombardier milik APMM,” katanya dalam kenyataan dilapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Cuaca panas dengan suhu melebihi 36 darjah Celcius menyukarkan operasi mengawal dan memadam kebakaran berkenaan.

Akibat kebakaran itu, kawasan sekitarnya turut diselubungi asap hingga mengehadkan penglihatan kepada hanya dua kilometer.

Sementara itu, Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata pesawat Bombadier terbabit mampu membawa sehingga 6,000 liter air bagi setiap kali water scooping (mencedok air).


Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam dalam pada itu turut menasihati orang ramai supaya tidak memburukkan lagi keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka khususnya berhampiran kawasan terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >