Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Thailand saksikan kaedah dwiundi

Paetongtarn 'Ung Ing' Shinawatra dahului calon berpotensi sebagai perdana menteri: Tinjauan
Apr 16, 2023 | 05:30 AM



PARA pengundi Thailand pada 14 Mei ini akan menyaksikan pemulihan kaedah dwiundi - satu untuk memilih Anggota Parlimen (AP) kawasanundi seramai 400; dan satu lagi bagi memilih sebuah parti yang akan menerajui kerajaan negara itu.



Selain itu, sejumlah 100 AP lagi akan disenaraikan - satu sistem yang diwujudkan untuk membolehkan golongan karyawan daripada pelbagai bidang menjadi AP.



Namun sistem itu telah disalahgunakan oleh parti-parti untuk memberi ganjaran kepada penyokong setia mereka atau pihak yang mendanai parti, kata beberapa ahli akademik di Thailand.



Pada hal, prinsip di sebalik sistem senarai parti itu adalah bagi membolehkan individu yang berkebolehan tetapi tidak mendapat sokongan politik, untuk menjadi AP dan memanfaatkan pengalaman mereka di Parlimen.



Dekan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Dhurakij Pundit, Encik Jade Donavanik, berkata bahawa secara prinsip, AP dalam sistem senarai parti seharusnya lain daripada AP kawasanundi.



"Tetapi di Thailand, mereka dalam sistem senarai parti dan kawasanundi adalah ahli politik kesemuanya.



"Justeru, sistem AP dalam senarai parti di Thailand hanya merupakan ruang bagi ahli politik yang tidak cekap dalam berurusan dengan orang ramai tetapi mereka bagus dari segi menggubal dasar dan melobi."



Dalam pilihan raya pada Mac 2019, sembilan parti berhasil mendapatkan sekurang-kurangnya seorang AP kawasanundi terpilih.



Senarai AP dibuat berdasarkan daripada 25 parti, 12 daripadanya hanya mempunyai seorang anggota sahaja.



Bagi 2023 ini, hanya kira-kira 10 hingga 12 parti dijangka berjaya memilih seorang anggota untuk duduk dalam dewan rakyat, melalui sama ada kawasanundi atau laluan senarai.



Cik Paetongtarn 'Ung Ing' Shinawatra, dari Parti Pheu Thai, mendahului lain-lain calon yang berpotensi, untuk dinamakan sebagai perdana menteri, oleh para pengundi di wilayah timur laut Ubon Ratchathani, menurut tinjauan pendapat baru-baru ini.



Beliau adalah anak mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.



Encik Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward dan Jeneral Prayut Chan-o-cha dari Parti Bersatu Kebangsaan Thai, mengekori di belakang, dalam satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Kebangsaan bagi Pembangunan Pentadbiran, atau Nida Poll.



Berucap di suatu acara memperkenalkan calon-calon Pheu Thai, Cik Paetongtarn berkata beliau yakin akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.



Antara isu hangat dalam kempen-kempen pilihan raya kali ini, termasuk:



■ Thailand menjanjikan bonanza ganja. Tetapi mengecewakan kerana ahli politik saling mempersalahkan satu sama lain.



Pada 2022, ganja dijadikan sebagai "tanaman wang tunai" oleh seorang menteri - yang kini menyandang jawatan sebagai menteri kesihatan - yang boleh memperkaya ekonomi dalam negeri dan mendorong kemajuan bidang pelancongan.



Kini, tidak sampai setahun, rancangan itu tidak menjadi, dan para petani mengatakan mereka mengalami kerugian.



Penjualan ganja itu menjadi salah satu isu hangat dalam pilihan raya pada Mei ini.



■ Menghapuskan kerahan tentera adalah salah satu dasar utama Parti Move Forward, dan ia berjanji akan menamatkannya dalam masa setahun, jika dipilih berkuasa.



■ Parti Bhumjaithai menjadikan moratorium hutang dan jaminan harga tanaman sebagai teras kempen.



Pemimpin parti itu, Encik Anutin Charnvirakul, menyertai rapat umum bagi menyokong calon-calon parti tersebut, yang bertanding di wilayah yang mempunyai kawasan pertanian yang amat luas.



Moratoriam hutan selama tiga tahun dengan jumlah hutan dibataskan kepada 1 juta baht ($38,996) akan dapat melegakan para petani.



Sementara jaminan harga tanaman pula akan dapat menjamin pendapatan para petani.



Para petani harus tahu lebih awal pendapatan yang akan mereka perolehi, sebelum mula menanam, dan tanaman mereka harus diberi perlindungan insurans sekiranya mengalami kerosakan akibat bencana alam.



■ Dakwaan tukar kad pengenalan dengan wang tunai.



Parti Pheu Thai meminta penguasa pilihan raya menyiasat dakwaan penipuan selepas beberapa bakal pengundi mengatakan mereka ditawarkan wang tunai jika mahu menukarnya dengan kad pengenalan.



Aduan tentang "tukar kad pengenalan dengan wang tunai" itu datang daripada dua wilayah di timur laut, menjelang pilihan raya Mei ini.



Kad pengenalan diperlukan untuk mendaftar bagi pengundian awal menerusi aplikasi Smart Vote.



Pegawai setempat yang bekerja rapat dengan penduduk di situ dipercayai terlibat dalam amalan rasuah tersebut.



■ Parti Pheu Thai berjanji akan memberi 'wang digital' bernilai 10,000 baht kepada setiap warga berusia 16 tahun ke atas , jika ia mengambil alih pemerintahan baru.



Ini boleh dilaksanakan secepatnya pada 1 Januari 2024, menggantikan pemberian bantuan kebajikan sedia ada.



Ramai bertanya, dari mana datangnya wang itu dan apa pula kesannya ke atas paras hutang negara.



Kesimpulannya, dalam pilihan raya ini, bolehkah parti Pheu Thai menang dengan margin yang cukup besar untuk memastikan ia mengambil alih kuasa semula?



Hampir setiap tinjauan pendapat meramalkan bahawa ia sekali lagi akan menjadi parti terbesar, seperti yang telah dilakukan dalam setiap pilihan raya selama 22 tahun lalu, bergantung kepada kesetiaan kuat kepada Encik Thaksin di Utara dan Timur Laut.



Ada yang berpendapat bahawa parti Pheu Thai mungkin memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat.



Tetapi, itu mungkin belum memadai, memandangkan adanya sifat bermusuhan yang berkekalan terhadap Encik Thaksin dan sekutu-sekutunya dalam kalangan pengikut setia konservatif dan tentera. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >