Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Anwar: Strategi rangsang pasaran modal boleh bantu perkukuh nilai ringgit

Jun 20, 2023 | 02:18 PM



KUALA LUMPUR: Nilai mata wang ringgit dijangka kukuh berikutan pelbagai langkah diambil bagi merangsang pasaran modal di Malaysia, yang diumumkan pada Isnin, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga selaku Menteri Kewangan berkata bahawa asas ekonomi negara itu masih kukuh.

“Ia tidak saling terkait, tetapi diharapkan kita boleh... yang lebih penting adalah asas ekonomi kukuh,” kata Datuk Anwar kepada wartawan selepas melancarkan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) bagi siswazah di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pengumuman itu dapat membantu perkukuh nilai mata wang tempatan.

Sementara itu, CMGP bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan para siswazah dan memastikan saluran bakat yang mampan untuk mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Untuk meluaskan peluang pelaburan yang termampu bagi orang awam dan mendalami minat pelabur dalam pasaran modal domestik, Datuk Anwar juga mengumumkan pengurangan kadar duti setem bagi saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia, daripada 0.15 sen sekarang kepada 0.10 sen daripada nilai kontrak, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap kontrak, mulai Julai.

Selain aspek pengurangan kadar duti setem dan memudahkan proses penyenaraian, kerajaan Malaysia akan turut meneliti dasar bagi menarik dan memudahkan usaha penubuhan pejabat di Malaysia dan menggalak usaha penerokaan korporat menerusi lebih banyak dasar cukai dan insentif yang memudahkan.

Perubahan itu secara langsung dapat mengurangkan kos urus niaga atau transaksi sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih bersaing, sekali gus dapat merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya.

Datuk Anwar berkata peningkatan mudah tunai pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia, sekali gus menggalak Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) serta memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana bagi tujuan pengembangan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >