Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Malaysia tinjau sindiket bawa masuk pengganas gunakan dokumen palsu

Oct 14, 2017 | 05:54 PM



PETALING JAYA - Polis Malaysia sedang meninjau kemungkinan terdapat sindiket  menyediakan pengganas asing dengan dokumen palsu untuk memasuki negara itu, lapor The Star.



Ketua Polis Mohamad Fuzi Harun berkata pada Sabtu (14 Oktober) 45 pengganas asing yang ditangkap di negara itu tahun ini telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelinap ke Malaysia, termasuk dengan dokumen perjalanan palsu dan visa pelajar.



"Terdapat juga mereka yang datang ke negara ini untuk belajar di institusi agama. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, terutama institusi pengajian tinggi, untuk mengesan militan ini untuk membendung masalah ini," katanya pada sidang akhbar.



Datuk Seri Mohamad Fuzi pada Jumaat berkata sejumlah 45 pengganas asing ditahan dalam beberapa operasi khas antara Januari dan 6 Oktober tahun ini.



Penangkapan itu dibuat berdasarkan risikan bahawa pengganas ISIS telah diarah menyusup ke negara-negara lain untuk melancarkan serangan setelah kehilangan majoriti pangkalan mereka di Iraq dan Syria.



Antara pengganas yang ditahan oleh Divisyen Cawangan Khas Kaunter Pengganasan  Malaysia adalah sembilan daripada kumpulan Abu Sayyaf, tiga daripada Pertubuhan Pengganas Turkey Fetullah, satu dari sebuah kumpulan pengganas Albania yang dikaitkan dengan ISIS dan seorang lagi daripada Jamaatul Mujahideen yang beroperasi di Bangladesh.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >