Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Sabah berjaga-jaga kemungkinan Abu Sayyaf balas dendam

May 20, 2021 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Sabah berada dalam tahap berjaga-jaga mengenai kemungkinan tindakan balas kumpulan Abu Sayyaf yang berkaitan dengan ISIS setelah lima anggotanya ditembak polis negeri itu.



Polis Sabah telah mengeluarkan amaran tahap tinggi kerana mereka bimbang pembunuhan di kawasan setinggan paya bakau di daerah Beaufort kira-kira 90 kilometer barat daya dari ibu kota Kota Kinabalu pada Isnin lalu boleh mencetuskan tindak balas daripada pengganas atau penyokong mereka yang masih ada di situ.



Mereka yang terbunuh ialah subkomander Abu Sayyaf terkenal, Mabar Binda, dan anggota biasa Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno dan Abhirham Samsula @ Samsed.



Suspek kelima masih belum dikenal pasti dan dipercayai bertindak sebagai pengangkut dan pembekal makanan.



Kejadian tembak-menembak itu berlaku hampir seminggu setelah Mabar dapat melepaskan diri daripada serangan polis, yang menyaksikan penangkapan lapan anggota sel termasuk saudaranya Muayyar dan seorang lagi subkomander, Sansibar Besion.



Adik-beradik Binda dan Sansibar dicari pihak berkuasa Filipina kerana melakukan pembunuhan dan penculikan, dan digambarkan sebagai "kejam".



Mereka terlibat dalam pertempuran dengan tentera Filipina sejak satu dekad lalu yang menyaksikan mereka memenggal kepala seorang tentera laut Filipina, dan juga membunuh seorang warga Belanda yang diculik pada Mei 2019.



Dipercayai kumpulan itu mula masuk ke Sabah pada akhir tahun lalu dengan menghantar keluarga mereka ke situ terlebih dahulu sedang tentera Filipina mengejar mereka di pangkalan mereka di Jolo.



Anggota bersenjata Abu Sayyaf dipercayai memasuki Sabah pada awal tahun ini dan bergabung dengan keluarga mereka di kawasan Beaufort.



Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata mereka percaya kumpulan itu dan mereka yang ditangkap tidak ada kaitan dengan jenayah penculikan dan tebusan di Sabah.



"Kami masih menyiasat kemungkinan mereka ada kaitan jenayah di Sabah dan akan kemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya. Mereka juga dapat dihantar semula sebagai pendatang tanpa izin," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >