Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tahan ketua parti Islam terbesar Bangladesh

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



DHAKA: Polis Bangladesh telah menangkap ketua parti Islam terbesar negara itu, beberapa hari selepas ia mengumumkan untuk bersama pembangkang utama, dalam bantahan bagi menggulingkan Perdana Menteri, Cik Sheikh Hasina.



Pegawai-pegawai anti keganasan menahan ketua parti Jamaat-e-Islami, Encik Shafiqur Rahman, di Dhaka, kata jurucakap polis, Encik Faruq Ahmed, tetapi tidak menjelaskan tentang tuduhan terhadapnya.



Seorang jurucakap parti itu - parti politik ketiga terbesar di Bangladesh, mengutuk penahanan pemimpin berusia 64 tahun itu, yang dikatakan "bertujuan mengekang gerakan pembangkang anti pemerintah."



"Ini hanyalah satu lagi episod penindasan yang tidak adil yang berterusan terhadap parti sejak 15 tahun lalu," kata setiausaha publisiti parti Jamaat, Encik Matiur Rahman Akand.



Selama bertahun-tahun, Jamaat adalah sekutu utama pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP).



Perikatan itu menguasai negara itu antara 2001 dan 2006.



Tetapi selepas Cik Hasina berkuasa pada 2009, seluruh kepimpinan Jamaat telah ditangkap, dibicarakan atas tuduhan jenayah perang, dari 1971 semasa negara itu berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dari Pakistan.



Lima daripada pemimpin tertinggi parti itu telah dikenakan hukuman gantung antara 2013 dan 2016, setelah mereka didapati bersalah oleh mahkamah jenayah perang.



Parti itu menyifatkan perbicaraan tersebut bermotifkan politik dan sebahagian daripada dendam yang meluas terhadap pemimpinnya.



Ratusan aktivis parti itu telah ditembak mati dan puluhan ribu yang lain ditahan setelah mereka melancarkan tunjuk-tunjuk perasaan ganas membantah hukuman mati itu.



Penangkapan terbaru ke atas ketua parti Jamaat, dibuat beberapa hari selepas dua orang pemimpin BNP ditangkap atas tuduhan menghasut keganasan pada malam sebelum rapat umum raksasa anti pemerintah diadakan pada Sabtu lalu.



BNP mendesak Cik Hasina supaya meletak jawatan dan membenarkan pemerintah sementara mengadakan satu pilihan raya bebas dan adil.



Pihak pembangkang berkata bahawa pengundian yang bersih tidak mungkin dapat diwujudkan, setelah Cik Hasina sebelum ini didakwa menipu dalam dua pilihan raya umum pada 2014 dan 2018.



Parti Jamaat dan beberapa parti lain yang berhaluan kiri dan tengah, menyokong tuntutan BNP.



Mereka juga mengumumkan akan mengadakan bantahan bersama BNP.



Polis, pada November lalu, telah menangkap anak lelaki Encik Rahman, Encik Rafat Sadik Saifullah, yang dituduh sebagai pelampau dan menahannya di bawah undang-undang anti keganasan yang keras. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >