Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo bakal rasmi diumum menang Pilihan Raya Presiden

Mar 20, 2024 | 03:45 PM



JAKARTA: Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto, semakin hampir diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2024.


Menurut pengiraan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), Encik Prabowo dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, memperoleh 76,811,552 undi atau 58.46 peratus daripada jumlah kiraan undi, dari 34 wilayah.

Pasangan Prabowo-Gibran telah muncul sebagai pemenang di 32 dari 34 wilayah yang telah dikira setakat ini.

Baki empat wilayah – Jawa Barat, Maluku, Papua, dan Tanah Tinggi Papua – akan menamatkan proses penjumlahan undi mereka.

KPU bercadang untuk segera mengumumkan kiraan undi bagi setiap calon Pilihan Raya 2024 pada lewat malam 20 Mac, menurut laporan Jakarta Globe.


Mengikut undang-undang pilihan raya, ia mempunyai masa sehingga 20 Mac untuk mengumumkan keputusan itu.

Selepas itu, Encik Prabowo dan Encik Gibran, yang merupakan anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, akan dirasmikan pada 20 Oktober.

Encik Gibran menggesa penyokongnya supaya tidak terlalu terbawa-bawa dengan keghairahan, menjelang pengumuman rasmi KPU pada 20 Mac.

“Tunggu saja, esok. Tidak perlu euforia berlebihan,” katanya kepada pemberita di Dewan Bandaraya Solo pada 19 Mac.

Encik Gibran berkata beliau akan kekal di Solo dan menjalankan tugas sebagai datuk bandar seperti biasa.

Beliau juga menyebut bahawa belum ada rancangan untuk meraikan bersama Pasukan Kempen Kebangsaan Prabowo-Gibran atau sukarelawan.

Di kedudukan kedua ialah calon presiden dan naib presiden Anies Baswedan dan Muhaimin ‘Cak Imin’ Iskandar, yang memperoleh 31,060,369 undi, atau 23.64 peratus.

Anies-Cak Imin meraih kemenangan di dua wilayah iaitu Sumatera Barat dan Aceh.

Sementara itu, calon presiden dan naib presiden Ganjar Pranowo dan Mohammad Mahfud MD, berada di kedudukan ketiga dengan jumlah 23,528,504 undi, atau 17.91 peratus.

Sejumlah 34 wilayah yang pengiraan undi telah disahkan oleh KPU termasuk Yogyakarta, Gorontalo, Kalimantan Tengah, Bali, Lampung, Bangka Belitung, Kalimantan Barat, Sumatera Selatan, Jawa Tengah, Jakarta, Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur, Kepulauan Riau, Timur Nusa Tenggara, Banten, Kalimantan Utara, Jawa Timur, Sulawesi Tenggara, Sulawesi Barat, Riau, Papua Barat, Sulawesi Utara dan Bengkulu.

Selain itu, Sumatera Barat, Sulawesi Selatan, Aceh, Nusa Tenggara Barat, Papua Selatan, Jambi, Maluku Utara, Sumatera Utara, Sulawesi Tengah, Papua Tengah, dan Papua Barat Daya.

Mengikut undang-undang pilihan raya, pemenang pilihan raya presiden ialah pasangan calon yang memperoleh lebih 50 peratus daripada jumlah undi.

Mereka harus mendapat sekurang-kurangnya 20 peratus undi di setiap wilayah, di lebih separuh dari jumlah wilayah di Indonesia.

Oleh itu, syarat untuk pemilihan presiden pusingan tunggal adalah seperti berikut: pertama, calon presiden dan naib presiden mesti menerima lebih daripada 50 peratus undi.

Kedua, mereka mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh dari jumlah wilayah di Indonesia, yang bermakna memenangi sekurang-kurangnya 20 dari 38 wilayah.

Ketiga, dari 20 wilayah itu, mereka mesti menang dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >