PRESIDEN Singapura, Puan Halimah Yacob, merupakan antara pemimpin dunia yang menghadiri upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II di London, Britain, pada Isnin (19 September).
Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah berkata Ratu Elizabeth II, yang mangkat di Istana Balmoral, Scotland, pada 8 September lalu, telah mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyatnya serta Komanwel dengan rendah hati, baik dan penuh keyakinan selama lebih 70 tahun.
“Ratu Elizabeth II mempunyai peranan unik dalam sejarah Singapura.
“Beliau berkhidmat sebagai Ratu semasa tempoh peralihan Singapura daripada sebuah tanah jajahan kepada negara merdeka,” ujarnya sambil menambah Ratu Elizabeth II mengadakan tiga lawatan negara ke Singapura pada 1972, 1989 dan 2006.
Dalam lawatannya ke Singapura – dengan negara ini merupakan antara negara anggota Komanwel juga – Puan Halimah berkata Ratu Elizabeth II telah bertemu dengan ramai warga Singapura daripada pelbagai latar belakang.
Tambahnya, ramai yang masih mengingati sikapnya yang mesra, riang dan rendah hati.
“Sedang dunia berdukacita atas pemergian se orang pemimpin yang hebat, kami akan terus meraih inspirasi dan kekuatan daripada kisah hidupnya serta sumbangannya,” ujar Puan Halimah.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Puan Halimah, yang berada di London, Britain, untuk menghadiri upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II, juga telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah ibni Ahmad Shah, di Hotel InterContinental Park Lane, London, pada Ahad.
Semasa lawatannya ke London, Puan Halimah, yang diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, serta pegawai daripada Pejabat Pre siden dan Kementerian Ehwal Luar (MFA), juga telah memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Dewan Parlimen Westminster.
Beliau juga telah menandatangani buku takziah di Lancaster House di London.