Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Korea U: Lawatanke Russia demi kepentingan strategik

Sep 13, 2023 | 11:51 AM



SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Presiden Kim Jong Un, berkata lawatannya ke Russia menunjukkan “kepentingan strategik” hubungan dua negara itu, lapor agensi berita rasmi KCNA pada Rabu, menjelang sidang puncak yang dijangka dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.


Pertemuan itu, yang dijangka diadakan pada Rabu, sedang diperhatikan oleh Washington dan sekutunya, yang mengesyaki pemimpin Korea Utara dan Russia itu akan membincangkan kerjasama ketenteraan dan dijangka mencapai persetujuan bagi perjanjian perdagangan senjata dan teknologi pertahanan.

Encik Kim tiba di Russia dengan kereta api privet pada Selasa di bahagian Timur Jauh Russia, ditemani beberapa pembantu terkemuka tentera dan industri pertahanan.

Beliau disambut oleh pengawal kehormat dan pegawai kanan Russia dan wilayah, menurut KCNA.


“Kim Jong Un berkata lawatannya ke Russia... merupakan manifestasi jelas pendirian WPK dan pemerintah DPRK yang mengutamakan kepentingan strategik hubungan DPRK-Russia,” kata laporan KCNA itu.


DPRK singkatan nama rasmi Republik Rakyat Demokratik Korea, manakala WPK ialah Parti Pekerja Korea yang memerintah negara itu.

Pegawai Amerika Syarikat berkata rundingan senjata antara Russia dengan Korea Utara sedang bergiat maju, dan Washington dan sekutunya telah melahirkan kebimbangan bahawa Encik Kim dan Encik Putin akan membincangkan tentang membekalkan Russia dengan senjata untuk perang di Ukraine.

Pyongyang dan Moscow menafikan pengiriman peluru ke Russia atau sebarang rancangan masa depan oleh Korea Utara untuk membekalkan senjata.

Imej yang dikeluarkan oleh KCNA menunjukkan Encik Kim tiba di stesen kereta api di bandar sempadan Khasan pada pagi Selasa, turun dari kereta api untuk upacara sambutan dan bergerak ke dalam rumah untuk perbincangan dengan pegawai Russia.


Encik Kim bertemu Menteri Sumber Asli Russia, Encik Alexander Kozlov, dan gabenor wilayah timur jauh Primorsky, Encik Oleg Kozhemyako, sebelum berlepas “ke destinasinya”, kata KCNA.


Bagaimanapun, tidak disebutkan tentang sidang puncak dengan Encik Putin atau ke mana Encik Kim pergi.

Berita Kyodo Jepun berkata Encik Putin dan Encik Kim dijangka bertemu petang Rabu di kosmodrom Vostochny Russia, sebuah pusat angkasa lepas, lebih 1,700 kilometer ke utara Khasan, memetik pegawai Russia yang tidak dinamakan.


Pada Selasa, Encik Putin berkata di Forum Ekonomi Timur di Vladivostok bahawa beliau merancang untuk pergi ke pusat angkasa Vostochny, tanpa menyatakan sama ada untuk bertemu Encik Kim di sana.


Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, berkata lawatan Encik Kim “rasmi sepenuhnya” dan mereka akan mengadakan “rundingan”.

Bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Pyongyang juga mungkin dibincangkan, kata pegawai Russia.

Amerika dan Korea Selatan memberi amaran sebarang perdagangan senjata dengan Korea Utara melanggar resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan oleh Moscow.

Ia lawatan pertama Encik Kim ke Russia dalam hampir empat tahun dan lawatan ke luar negara pertamanya selepas pandemik Covid-19.

Lawatan itu bertujuan meletakkan hubungan persahabatan dan kerjasama DPRK-Russia pada “tahap lebih tinggi”, menurut laporan tersebut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >