Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Protes pro-Palestin kian merebak di universiti serata AS

Apr 24, 2024 | 02:36 PM



NEW YORK: Para pelajar pro-Palestin telah mendirikan khemah di lebih banyak kampus di serata Amerika Syarikat bagi membantah pencerobohan Israel ke atas Gaza.


Tindakan itu diambil selepas penahanan besar-besaran ketika berlangsung demonstrasi serupa di beberapa kolej sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Bantahan yang semakin meluas termasuk rancangan gabungan kumpulan Yahudi yang menentang tindakan Israel untuk menutup Brooklyn Street – tempat tinggal Ketua Majoriti Senat Amerika, Encik Chuck Schumer.

Bantahan itu, pada malam kedua perayaan Yahudi selama seminggu, adalah salah satu daripada sedozen gabungan yang dianjurkan di bandar-bandar di seluruh Anerika.

Protes bermula minggu lalu apabila pelajar Universiti Columbia enggan menamatkan bantahan mereka terhadap perang Israel dengan Hamas.

Ia kemudian bertukar menjadi pergerakan yang lebih besar pada 23 April apabila pelajar di seluruh negara mendirikan perkhemahan, menduduki bangunan dan tidak mengendahkan perintah supaya beredar.

Protes telah berlangsung selama berbulan-bulan tetapi meningkat ke tahap yang lebih tinggi selepas lebih 100 penunjuk perasaan pro-Palestin yang telah berkhemah di kampus Universiti Columbia di Manhattan, telah ditangkap pada 18 April.

Berpuluh-puluh lagi penunjuk perasaan telah ditangkap di kampus lain sejak itu, dan ramai kini menghadapi tuduhan menceroboh atau menimbulkan kekacauan.

Dengan ketegangan di Universiti Columbia yang terus memuncak, pegawai berkata sekolah Ivy League akan beralih kepada pembelajaran hibrid untuk sepanjang semester.


Di Universiti New York berhampiran, polis berkata 133 penunjuk perasaan telah ditahan lewat 22 April dan kesemuanya telah dibebaskan dengan perintah untuk hadir di mahkamah atas tuduhan menimbulkan kekacauan.

Datuk Bandar New York, Encik Eric Adams, berkata pegawai polis telah dipukul dengan botol dan objek lain dalam beberapa protes minggu ini.

Di Connecticut, polis menahan 60 penunjuk perasaan termasuk 47 pelajar Universiti Yale selepas mereka enggan meninggalkan perkhemahan di sebuah plaza di tengah kampus.

Presiden Yale, Encik Peter Salovey, berkata penunjuk perasaan telah menolak tawaran untuk menamatkan demonstrasi dan selepas beberapa amaran, polis bertindak membersihkan perkhemahan dan membuat penahanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >