Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin: Konflik Russia-Nato hanya selangkah ke perang dunia ketiga

Mar 18, 2024 | 01:48 PM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memberi amaran kepada negara Barat pada 18 Mac bahawa konflik langsung antara Russia dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan bermakna dunia berada selangkah daripada Perang Dunia Ketiga.


Tetapi beliau menegaskan bahawa hampir tidak ada sesiapa yang mahukan senario sedemikian berlaku.

Perang Ukraine telah mencetuskan krisis hubungan paling serius antara Moscow dengan Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962.

Encik Putin sering memberi amaran tentang risiko perang nuklear tetapi berkata beliau tidak pernah berasa perlu menggunakan senjata nuklear di Ukraine.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata pada Februari bahawa beliau tidak boleh menolak penempatan tentera darat di Ukraine pada masa depan, tetapi banyak negara Barat menjauhkan diri mereka daripadanya, manakala yang lain, terutamanya di Eropah Timur, menyatakan sokongan.

Ditanya mengenai kenyataan Encik Macron dan risiko serta kemungkinan konflik antara Russia dengan Nato, Encik Putin menyindir: “Semuanya adalah mungkin dalam dunia moden.”

“Adalah jelas kepada semua orang bahawa ini akan menjadi selangkah lagi ke Perang Dunia Ketiga yang penuh.

“Saya rasa hampir tidak ada sesiapa yang berminat dalam perkara ini,” kata Encik Putin kepada pemberita selepas kemenangan pilihan raya terbesar dalam sejarah Russia pasca-Soviet.

Namun, beliau menambah bahawa anggota tentera Nato memang sudah berada di Ukraine dan Russia telah mengesan kedua-duanya, bahasa Inggeris dan Perancis, ditutur di medan perang.

“Tidak ada yang baik dalam hal ini, pertama sekali untuk mereka, kerana mereka mati di sana dan dalam jumlah yang besar,” kata Encik Putin.

Menjelang pilihan raya Russia dari 15 hingga 17 Mac, Ukraine meningkatkan serangan terhadap Russia, membedil kawasan sempadan dan juga menggunakan proksi untuk cuba menembusi sempadan Russia.

Ditanya apakah beliau menganggap perlu untuk mengambil wilayah Kharkiv di Ukraine, Encik Putin berkata jika serangan itu berterusan Russia akan mewujudkan zon penampan di lebih banyak wilayah Ukraine untuk mempertahankan wilayah Russia.

Beliau enggan memberi sebarang butiran lanjut tetapi berkata zon sedemikian mungkin perlu cukup besar untuk menghalang persenjataan buatan asing daripada sampai ke wilayah Russia.

Encik Putin mengarahkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022, mencetuskan satu peperangan besar di Eropah selepas konflik selama lapan tahun di timur Ukraine antara tentera Ukraine dengan kumpulan Ukraine yang pro-Russia dan proksi Russia. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >