Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rafizi gesa polis siasat catatan media sosial PAS Pusat berunsur fitnah

Aug 28, 2023 | 04:25 PM



KUALA LUMPUR: Polis digesa menyiasat catatan media sosial yang dibuat Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat, berhubung dakwaan 54,000 warga China, dalam proses diberikan kerakyatan di Malaysia.


Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, ketika membuat gesaan itu, menyifatkan catatan PAS Pusat menerusi Facebook dan aplikasi X itu sebagai jenayah fitnah dan penipuan.

“Saya akan bercakap dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, supaya satu laporan polis dibuat mengenai catatan ini yang jelas satu fitnah jenayah.

“(Dakwaan) dalam proses diberi kerakyatan, adalah penipuan. PAS perlu bertanggungjawab apabila terus berbohong begini,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), menerusi aplikasi X sambil berkongsi tangkap layar perkongsian PAS Pusat itu.

PAS Pusat yang yang berkongsi catatan dengan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan.

Datuk Razali berkata walaupun Datuk Saifuddin dan Menteri Komunikasi Digital, Encik Fahmi Fadzil, beria-ria menafikan perkara itu, namun ia perlu disiasat segera kerana rakyat berhak tahu.

“Bukan soal fitnah atau tohmahan, tetapi rakyat Malaysia berhak mengetahuinya.

“Kita tidak mahu kedaulatan negara kita dicerobohi sewenang-wenangnya, apatah lagi daripada pihak dalaman. Menteri Dalam Negeri harus bertanggungjawab,” katanya dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Razali berkata angka 54,000 itu terlalu besar dan rakyat mahu isu ini ditangani secara bijak dan tuntas.

Pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan itu, dengan berkata kenyataan Datuk Saifuddin Nasution pada Januari lalu, dimanipulasi kerana beliau sebenarnya berkata 54,000 permohonan kerakyatan dikemukakan pada 2017 hingga 2022.

Katanya, 54,000 permohonan meliputi pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal diterima, tetapi hanya 45 warga China diberikan kerakyatan antara 2019 dengan 31 Julai lalu.

Dalam penafian pada 26 Ogos lalu, Datuk Saifuddin berkata ada lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya, dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Susulan itu, beliau menolak dakwaan bahawa kementeriannya dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >