Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Permaisuri Agong jadikan anak angkat kanak-kanak perempuan hadapi sindrom ‘werewolf’, tiada lubang hidung

Nov 03, 2023 | 10:15 AM



Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, telah menyatakan hasratnya mengambil seorang anak angkat yang digelarnya sebagai “anak dari syurga”, selepas pertemuan mereka di Sarawak baru-baru ini.

Kanak-kanak perempuan itu dilahirkan dengan rambut muka dan bahagian atas badan yang berlebihan serta tanpa lubang hidung.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertemu Missclyen Roland, yang berusia dua tahun pada 10 September semasa lawatan ke negeri timur Sabah dan Sarawak bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lapor The Straits Times.


Tunku Azizah juga menawarkan untuk membayar perbelanjaan persekolahan dan rawatan perubatan anak itu.

“Saya berharap bantuan ini akan meringankan beban bapa Missclyen dalam menyediakan penjagaan dan membesarkannya,” tulis beliau dalam surat bertarikh 10 Oktober kepada ibu bapa kanak-kanak itu.

Surat itu dikongsi di Facebook oleh ibu Missclyen, Cik Theresa Guntin, 29 tahun, yang berkata tawaran itu adalah “satu penghormatan besar”.

Beliau juga mempunyai mesej untuk anaknya itu: “Awak sangat bertuah. Kami harap semuanya akan berjalan lancar.”

Suaminya, Encik Roland Jimbai, 49 tahun, berkata beliau menangis gembira apabila membaca surat itu.

“Saya tidak menyangka pertemuan singkat kami pada hari itu menarik perhatian Seri Paduka hingga ke tahap mengambil Missclyen sebagai anak angkatnya,” kata beliau kepada harian tempatan Borneo Post.


Bapa empat anak itu juga memberitahu New Sarawak Tribune: “Ini bermakna anak kami Missclyen adalah seorang puteri, dan kami akan memanggilnya Puteri Missclyen.”


Kanak-kanak itu disahkan menghidap hipertrikosis umum kongenital, iaitu penyakit jarang yang dicirikan oleh pertumbuhan rambut yang berlebihan di seluruh badan.

Ia kadangkala dirujuk sebagai sindrom werewolf (manusia serigala).


Dia juga dilahirkan tanpa lubang hidung.

Encik Roland, yang bekerja sebagai pengimpal, berharap kehidupan anak bongsunya kini bertambah baik, terutamanya kesihatan dan pendidikannya.

“Keluarga saya pernah mengalami stigma sosial pada masa lalu kerana rupa dan keadaan Missclyen. Namun, mulai hari ini dan apabila dewasa, dia akan sentiasa dihormati kerana Raja Permaisuri Agong mengambilnya sebagai anak angkat,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan untuk bertemu lagi As-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Encik Roland dan keluarganya menunggu lima jam untuk bertemu Raja dan Permaisuri, yang hanya mereka lihat di televisyen dan media sosial sebelum itu.

Kesabaran mereka membuahkan hasil apabila pasangan diraja itu bergambar bersama Missclyen, dan Tunku Azizah menggendong dan memeluk kanak-kanak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >