Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rayuan Abu Bakar Bashir bagi kesalahan biayai kem militan ditolak

Aug 05, 2016 | 08:02 AM



JAKARTA: Rayuan pemimpin kerohanian rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir, terhadap sabitan kesalahan membiayai kem latihan ekstremis, kata seorang pegawai pada Khamis (4 Ogos).



Abu Bakar Bashir dipersalahkan kerana pengeboman Bali 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong asing.



Pendakwah itu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2011 kerana membantu membiayai latihan kumpulan separa tentera di Aceh yang didakwa merancang membunuh presiden Indonesia ketika itu dan juga orang Barat.



Dia, 77 tahun, mengemukakan rayuan terhadap sabitan itu Januari lalu.



Pasukan peguam Abu Bakar berhujah dana yang dikumpulnya bertujuan membantu orang ramai di Palestin, tetapi akhirnya dihantar kepada kumpulan Aceh itu tanpa pengetahuannya.



Namun, Mahkamah Agung berkata pada Khamis bahawa ia menolak rayuan itu "kerana kekurangan bukti baru".



"Ini bermakna dia akan kekal di dalam penjara," kata jurucakap mahkamah, Encik Suhadi.



Peguam Abu Bakar, Encik Mahendradatta berjanji akan mencari bukti baru dan terus berjuang mencabar sabitan itu.



Mahkamah Agung menjatuhkan keputusannya minggu lepas. Ia mengadakan sesi pendengaran secara tertutup dan biasanya mengambil masa untuk mengumumkan keputusannya.



Abu Bakar juga sebelum ini dihukum penjara bagi pengeboman Bali tetapi sabitan itu dibatalkan atas rayuan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >