Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU 'BELON INTIP'

Reaksi China ke atas langkah Amerika tembak jatuh belon

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Dakwaan China bahawa Amerika Syarikat telah menerbangkan belon ke ruang udaranya menandakan perkembangan terbaru dalam beberapa siri perubahan pendirian yang diambil oleh negara itu dalam saga yang telah mencengkam dunia.



Sudah hampir dua minggu sejak Amerika pertama kali menuduh China menerbangkan belon pengintip di atas wilayahnya.



Insiden itu telah mencetuskan pelbagai tindak balas - daripada kemarahan kepada spekulasi hangat - daripada pemerintah dan rakyat China.



Selepas Pentagon pertama kali mengumumkan kewujudan belon itu pada 2 Februari, pegawai China menahan diri daripada memberi respons segera, hanya memecah kesunyian mereka pada petang berikutnya.



Dalam satu kenyataan mereka mengakui objek itu milik mereka, tetapi menambah ia "pesawat udara awam yang digunakan untuk penyelidikan, terutamanya tujuan meteorologi" yang telah tersasar keluar daripada laluan asal.



Dengan nada yang hampir meminta maaf - yang jarang dilakukan Beijing - mereka menyifatkan ia sebagai satu kemalangan, mengatakan mereka "menyesali penerbangan masuk yang tidak disengajakan pesawat udara itu ke ruang udara Amerika ekoran kuasa yang tidak dapat dikawal".



Warga siber juga tidak membuang masa membuat jenaka mengenai kejadian itu, dengan ramai yang menggelar objek itu sebagai The Wandering Balloon - merujuk kepada novel dan filem fiksyen sains China popular The Wandering Earth.



Menyusuli itu, pihak berkuasa China mengeluarkan hujah yang lebih panjang dan lebih tegas apabila berita tersebar bahawa Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, telah membatalkan lawatan yang dirancang ke China, dengan mendakwa bahawa "beberapa ahli politik dan media di Amerika telah menggembar-gemburkan isu itu untuk menyerang dan memburuk-burukkan China".



Pada hari yang sama, Amerika menembak jatuh belon itu - mencetuskan kemarahan China.



Jurucakap kementerian luar China, Cik Mao Ning, menyifatkan ia sebagai "tindak balas berlebihan yang jelas" dan "tidak boleh diterima serta tidak bertanggungjawab".



"Kapal udara itu bukan milik Amerika. Ia milik China," katanya, ketika ditanya sama ada China telah meminta sisa belon itu dikembalikan.



Pegawai juga telah membuat aduan rasmi kepada kedutaan Amerika di Beijing.



Dalam talian, pihak nasionalis China dengan nada marah mengecam tindakan Amerika itu.



Sementara itu, belon kedua dikesan sedang 'hanyut' di ruang udara Amerika Latin, yang pihak berkuasa China juga mengakui adalah milik mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >