Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja dan nenek terkorban dalam kebakaran di Sabah

May 23, 2016 | 12:11 PM



KOTA KINABALU: Seorang remaja meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan neneknya yang terperangkap di dalam rumah mereka yang terbakar, di Putatan, Sabah.



Mayat rentung Nurul Farhana Zulkifli, 15 tahun, ditemui dalam pelukan neneknya yang berusia 86 tahun, Cik Tiah Awang, yang juga terkorban, dekat pintu utama rumah mereka.



Rumah itu antara tiga yang musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas pada kira-kira 8 pagi Khamis lepas (19 Mei).



Pasangan nenek dan cucu itu tinggal bersama dalam sebuah rumah manakala ibu bapa dan adik Nurul tinggal di rumah di sebelah.



Menurut seorang saudara yang rumahnya terselamat, Cik Rosnizah Ngadiman, 36 tahun, beliau sedang memasak apabila tiba-tiba terdengar jeritan "Nurul, Nurul!" oleh bapa remaja itu, Encik Hamid.



"Saya mendengar sepupu saya Hamid menjerit tetapi saya tidak sedar bahawa rumah mereka terbakar," kata suri rumah itu, yang menyangka ada pergaduhan.



Apabila memandang ke luar dari tingkap, beliau menyedari satu kebakaran sedang berlaku.



"Saya segera memberitahu suami dan anak-anak saya dan juga orang lain supaya keluar dari rumah," kata Cik Rosnizah.



Punca kebakaran sedang disiasat. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >