Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Thai didakwa, polis sasar sindiket senjata selepas serangan di Siam Paragon

Oct 05, 2023 | 11:54 AM



BANGKOK: Suspek remaja berusia 14 tahun yang menembak mati dua orang di sebuah pusat beli-belah di Thailand berdepan pertuduhan termasuk melakukan pembunuhan terancang sedang Thailand giat mengambil langkah mengawal penjualan senjata apinya.


Remaja itu berdepan lima tuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram, membawa senjata api secara haram di tempat awam dan melepaskan tembakan secara haram di tempat awam, ujar Mejar Jeneral Nakarin Sukhontawit memberitahu agensi berita Reuters.


Mejar Jeneral Nakarin berkata suspek dibawa dari balai polis Pathum Wan tempat dia ditahan ke sebuah mahkamah juvana di Bangkok untuk mendengar pertuduhan. Remaja itu kemudian dipindahkan dari mahkamah juvana ke pusat tahanan pada Rabu dan dia tidak dijamin oleh ibu bapanya.

Polis juga katanya menimbang untuk mengenakan pertuduhan tambahan ke atas peluru yang ditemukan selepas menggeledah bilik suspek selain senapang serta peluru, katanya.

Mejar Jeneral Nakarin berkata polis sedang menyiasat ibu bapa remaja itu untuk melihat sama ada mereka melanggar Akta Perlindungan Kanak-kanak. Media tempatan melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu mungkin melanggar Seksyen 429 Kanun Sivil dan Komersial.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditahan sejurus selepas melepaskan beberapa das tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon yang merupakan lokasi popular di pusat bandar Bangkok. Dia dipercayai mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, menembak mati seorang warga China dan Myanmar, serta mencederakan lima yang lain dalam kejadian yang berlaku pada 4.20 petang Selasa.

Mangsa yang cedera terdiri masing-masing seorang warga Laos dan warga China, manakala selebihnya rakyat tempatan.

Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, turut berada di pusat beli-belah itu untuk merasmikan acara “SCBX Next Tech” pada Rabu memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk mencegah kejadian seperti itu daripada berulang.

Encik Srettha berkata kerajaan akan mengetatkan kawalan penjualan senjata api dalam talian untuk menghalang kanak-kanak bawah umur daripada mengaksesnya.

Ketua polis Thailand, Encik Torsak Sukvimol, berkata Thailand akan menutup kelemahan undang-undang berkaitan klasifikasi senjata api dan penjualan dalam talian dalam usaha mengawal senjata apinya.

Encik Torsak berkata terdapat lebih 10,000 senjata api yang diimport secara sah berada dalam pasaran di Thailand, dan polis akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk mengklasifikasikannya semula sebagai senjata api maut untuk menyekat import mereka.

Encik Torsak, yang mengambil alih sebagai pegawai polis tertinggi negara awal minggu ini, berkata polis juga akan membentuk satu pasukan untuk menangani penjualan senjata api secara haram di Internet.

Dianggarkan lebih 10.3 juta individu memiliki senjata awam di negara berkenaan, namun hanya 6.2 juta senjata yang didaftarkan secara sah. Thailand juga mempunyai bilangan kes pembunuhan senjata api kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Undang-undang Thailand sedia ada mengenai pemilikan senjata api haram membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga 20,000 baht Thailand ($742).

Undang-undang telah diperketatkan selepas tembakan besar-besaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Thailand, termasuk keperluan untuk penilaian perubatan bagi mereka yang ingin membeli senjata api atau memperbaharui lesen senjata api mereka.

Oktober lalu, seorang bekas anggota polis membunuh 35 orang, termasuk 22 kanak-kanak, di sebuah taska di timur laut Thailand.

Berikutan kejadian tembakan pada Oktober, pentadbiran Thailand sebelum ini merangka rang undang-undang pengampunan senjata api yang membenarkan mereka yang mempunyai senjata tidak berdaftar mendaftarkannya atau menyerahkannya kepada pihak berkuasa semasa tempoh tangguh.

Rang undang-undang itu bagaimanapun tidak berjaya melalui parlimen menjelang pilihan raya umum Mei lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >