Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR KIAN BURUK DI MALAYSIA

RM100j diperuntuk bagi Kelantan, Terengganu

Sebagai bantuan awal ringankan beban rakyat akibat banjir
Dec 23, 2022 | 05:30 AM



PASIR MAS (Kelantan): Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM50 juta ($15.21 juta) masing-masing untuk Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban rakyat akibat bencana Monsun Timur Laut.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu diambil selepas melihat banjir yang melanda kedua-dua negeri itu lebih 'parah' daripada biasa.



Beliau berkata perkara itu telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali akan memantau peruntukan tersebut melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)



"Memandangkan banjir ini lebih parah daripada biasa, walaupun saya telah maklumkan Datuk Seri Ahmad Zahid, yang ke sini berapa hari lalu, beliau telah beri kelulusan RM12 juta, saya setuju setelah bincang dengan Kementerian dan Jemaah Menteri tadi, untuk luluskan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.



"Ini keperluan segera yang melibatkan kebajikan rakyat, jadi peruntukan awal RM1,000 kepada semua keluarga ketua keluarga terlibat, dan sekiranya ada kemalangan, peruntukan RM10,000 bagi mangsa tersebut," katanya lagi.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau perkembangan banjir di beberapa daerah di Kelantan, termasuk Kota Bharu dan Pasir Mas lewat kelmarin.



Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata ekoran bencana banjir yang melanda Pantai Timur, Kelantan merupakan negeri pertama yang beliau adakan lawatan secara rasmi selepas diangkat menjadi Perdana Menteri.



"Kebetulan, Kelantan ini negeri pertama saya kunjungi, dan Tambun (Perak) bukan lawatan negeri. (Kelantan) negeri pertama saya pilih selaku Perdana Menteri yang baru.



"Ini menunjukkan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan semua, dan saya ucap terima kasih kepada Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob), pegawai-pegawai kerajaan dan juga pihak Jabatan Perairan dan Saliran negeri yang beri taklimat lengkap, dan saya beri jaminan langkah percepat projek (tebatan banjir) Sungai Golok Fasa 1 dan 2," katanya lagi.



Datuk Anwar berkata beliau sedia maklum tentang penangguhan sementara projek tebatan banjir tersebut, kerana beliau mahu dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tiada kos berlebihan.



Jelasnya lagi, beliau memberi jaminan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebaik sahaja JPS mengemukakan dokumen berkaitan tender terhad kepada Kementerian Kewangan, projek tersebut akan dipercepatkan.



"Walaupun projek tebatan banjir tangguh sebentar, kerana saya mahu dijalankan proses tender walaupun terhad, untuk memastikan tidak ada kos yang berlebihan.



"Saya beri jaminan sebaik saja JPS kemukakan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan akan 'fast track' dengan syarat ia bukan rundingan terus demi menjamin kos tidak meningkat," katanya lagi. - Agensi berita.




"Memandangkan banjir ini lebih parah daripada biasa, walaupun saya telah maklumkan Datuk Seri Ahmad Zahid, yang ke sini berapa hari lalu, beliau telah beri kelulusan RM12 juta, saya setuju setelah bincang dengan Kementerian dan Jemaah Menteri tadi, untuk luluskan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >