Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Runtuhan jambatan Baltimore mula dialih

Apr 01, 2024 | 01:55 PM



BALTIMORE: Bongkah pertama seberat 200 tan, serpihan jambatan Baltimore yang runtuh telah dikeluarkan, kata seorang pegawai pada Ahad 31 Mac, ketika usaha sedang dijalankan untuk membersihkan pelabuhan daripada struktur keluli yang musnah akibat dilanggar sebuah kapal kontena yang hilang kawalan.


Para pekerja menggunakan peralatan obor bagi memotong bahagian atas Jambatan Francis Scott Key, yang runtuh apabila kapal kargo Dali kehilangan kuasa dan melanggarnya pada Selasa 26 Mac, mengakibatkan enam orang mati.

Pihak berkuasa berharap untuk mengalihkan jambatan itu – dengan memotongnya kepada bahagian yang lebih kecil dan mengangkatnya keluar.

Usaha ini akan membantu pasukan penyelamat menemui mayat-mayat mangsa, serta membuka semula lorong perkapalan yang penting itu.

“Lif pertama dibuat malam tadi selepas pemotongan bahagian atas salah satu bahagian Jambatan Utama selesai,” kata jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Encik Kimberly Reaves, dalam satu kenyataan.

“Kepingan yang dikeluarkan malam tadi adalah kira-kira 200 tan,” katanya, sambil menambah ia akan dipindahkan ke satu kawasan untuk dikumpulkan serpihan itu di darat.

Ketika operasi penyelamat diteruskan pada 31 Mac, Gabenor Maryland, Encik Wes Moore, berkata bahawa “kemajuan mula berlaku walaupun pada hakikatnya ia adalah situasi yang sangat rumit”.

Beliau berkata keadaan cuaca buruk dan serpihan yang tenggelam menyebabkan penyelam tidak dapat membantu.

Encik Moore memberitahu CNN bahawa kren besar – Chesapeake 1,000 yang boleh mengangkat 1,000 tan – sedang digunakan dalam operasi menyelamat.

Bagaimanapun, pasukan petugas pelbagai agensi yang menyelia operasi itu berkata dua kren yang lebih kecil – satu seberat 650 tan dan satu lagi seberat 330 tan – sebenarnya digunakan dalam kerja ini. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >