Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rusuhan dekat Batam: Jokowi jamin penduduk akan diberi tanah, rumah

Sep 13, 2023 | 12:34 PM



JAKARTA: Presiden Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menyuarakan kebimbangan beliau tentang konflik di Pulau Rempang, dekat Batam, dan tampil memberi jaminan bahawa penduduk akan diberi tanah dan rumah baru sebagai pengganti.


Bagi beliau, konflik yang menyaksikan penduduk membantah pemindahan mereka bagi membeli laluan kepada projek pembangunan itu lebih disebabkan masalah perhubungan – maklumat tidak disampaikan secara berkesan.

Presiden Jokowi berkata kejadian itu sepatutnya dielakkan kerana penduduk pulau yang terjejas diberi jaminan akan menerima tanah dan rumah baru sebagai sebahagian daripada pakej pemindahan mereka.

“Terdapat perjanjian sedia ada yang menetapkan setiap keluarga akan menerima tanah seluas 500 meter persegi dan rumah seluas 45 meter persegi.

“Malangnya, maklumat ini tidak disampaikan dengan berkesan sehingga menyebabkan kejadian baru-baru ini,” kata Encik Jokowi ketika melawat Cilegon, wilayah Banten.

Menurutnya, penduduk seharusnya diberi maklumat terperinci mengenai rancangan Agensi Konsesi Batam (BP Batam) untuk membangunkan projek Rempang Eco City.

Dalam usaha menangani konflik itu, Encik Jokowi telah melantik Menteri Pelaburan, Encik Bahlil Lahadalia, untuk memberi penjelasan terus kepada penduduk Rempang berhubung pelaksanaan projek pelaburan itu.

Seperti yang dipetik dalam laman web BP Batam, Rempang Eco City merupakan salah satu projek yang telah dilakar di bawah Program Strategik Nasional 2023.

Rempang Eco City ialah kawasan perindustrian, perdagangan dan pelancongan bersepadu yang bertujuan menggalak daya saing dengan Singapura dan Malaysia.

Projek itu akan dilaksana oleh PT Makmur Elok Graha (MEG) yang merupakan rakan kongsi BP Batam dan pemerintah Kota Batam.

Syarikat itu akan membantu pemerintah menarik pelabur asing dan tempatan dalam pembangunan ekonomi di Pulau Rempang.

Bagi membangunkan Rempang Eco City, PT MEG telah diperuntukkan tanah seluas 17,000 hektar meliputi seluruh Pulau Rempang dan Pulau Subang Mas.

Pemerintah juga menyasarkan pembangunan Rempang Eco City akan mewujudkan sekitar 306,000 pekerjaan menjelang 2080.

Bagaimanapun, penduduk Rempang membantah projek pembinaan itu dengan menyekat pegawai penguat kuasa menambat dan mengukur tanah pada Khamis.

Konflik yang menyaksikan 43 orang diberkas dan 22 cedera itu dicetuskan oleh penolakan penduduk terhadap projek yang memerlukan kira-kira 7,500 penduduk tempatan dipindahkan.

Menurut penduduk tempatan, projek itu juga mengancam kewujudan 16 kampung tradisional Melayu yang telah berada di Pulau Rempang sejak 1834. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >