Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saranan jadikan Pulau Pinang wilayah persekutuan cetus tengkarah

Feb 08, 2017 | 08:31 AM



KUALA LUMPUR: Satu tengkarah telah meletus di Malaysia menyusuli saranan seorang menteri agar Pulau Pinang dijadikan wilayah persekutuan yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat.



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Sabtu (4 Feb) lalu langkah itu akan membantu orang Melayu yang diabaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, yang ditadbir pembangkang.



Beliau kemudian menjelaskan pada Isnin bahawa saranan itu akan membantu semua golongan miskin di negeri tersebut, tanpa mengira kaum.



Ideanya menarik kritikan daripada parti pembangkang, dan juga rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN).



Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, menjawab dengan tegas "tidak" dalam tiga bahasa: Melayu, Cina dan Tamil. Beliau menyifatkan Datuk Seri Tengku Adnan sebagai penakluk.



"Saranan itu tidak masuk akal sama sekali. Ia adalah pengkhianatan pada Pulau Pinang. Kami menolak keras sembarang rancangan hendak menjadikan Pulau Pinang wilayah persekutuan," kata Encik Lim, yang juga setiausaha agung pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada Selasa (7 Feb).



"Jika Pulau Pinang menjadi sebuah wilayah persekutuan, gabenor, ketua menteri, exco akan hilang. Kami akan mempunyai hanya Anggota Parlimen dan ini adalah satu ancaman besar kepada kedaulatan Malaysia dan hak rakyat Pulau Pinang," ujarnya, menurut berita laman web Malay Mail Online.



Terdapat tiga wilayah persekutuan di Malaysia: ibu kota Kuala Lumpur, pusat pentadbiran Putrajaya dan Labuan, pusat kewangan luar pesisir di Sabah.



13 negeri di Malaysia ditadbir oleh kerajaan negeri yang terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih.



Ketua BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Chang Yeow, memberitahu pemberita Ahad lalu: "Berdasarkan sedikit pengetahuan undang-undang yang saya ada, anda tidak boleh menjadikan sebuah negeri sebagai wilayah persekutuan. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Anda perlu meminda Perlembagaan."



Meminda Perlembagaan memerlukan kelulusan dua pertiga Parlimen. Parti pemerintah BN tidak mempunyai majoriti itu.



Datuk Dr Teng berkata persempadanan negeri tidak boleh diubah tanpa persetujuan dewan undangan negeri dan Majlis Raja-Raja.



Menurut laman berita freemalaysiatoday.com, beliau turut menegur kedua-dua Datuk Seri Tengku Adnan dan Encik Lim kerana bercakap tanpa berfikir.



"Cara mereka bercakap seolah-olah mudah untuk mengubah sebuah negeri menjadi wilayah persekutuan," katanya. "Mereka ingat ini tanah bapa merekakah?"



Penganalisis politik berkata saranan itu boleh dilihat sebagai percubaan terakhir oleh parti pemerintah untuk melemahkan penguasaan DAP di Pulau Pinang, menjelang pilihan raya umum Malaysia yang harus diadakan selewat-lewatnya Ogos 2018.



"Mereka mungkin berasa mereka boleh membendung kekuatan politik dan ekonomi yang DAP telah raih melalui pentadbiran Pulau Pinang," kata Encik Mohamad Hisommudin Bakar, pengarah eksekutif pusat penyelidikan Ilham Centre memberitahu freemalaysiatoday.com.



"Di bawah peraturan persekutuan, projek dan tender akan dikawal oleh Menteri Wilayah Persekutuan," katanya.



Menjadikan negeri sebuah wilayah persekutuan menyalahi undang-undang, kata Dr Kamarul Zaman Yusoff, pengarah Institut Analisis Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, kepada Malay Mail Online pada Isnin.



Beliau berkata Datuk Seri Tengku Adnan harus segera menarik balik saranan beliau kerana ia mustahil dilakukan.



Menteri itu menimbulkan ideanya dalam satu temu bual dengan radio pada 1 Februari, di mana beliau mencadangkan menjadikan Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian daripada Melaka wilayah persekutuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >