Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Senat Amerika usul bajet jangka pendek elak jentera pemerintah ditutup

Sep 27, 2023 | 04:36 PM



WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat merangka cadangan belanjawan jangka pendek terakhir pada Selasa, memandangkan masa semakin suntuk untuk Kongres mengelakkan penutupan sebahagian jentera pemerintah.


Hanya tinggal beberapa hari sebelum tarikh akhir 30 September, kedua-dua pemimpin Majoriti Senat Demokratik, Encik Chuck Schumer dan pemimpin minoriti Republikan, Encik Mitch McConnell mengesahkan draf itu, yang akan memastikan pemerintah dan terus berfungsi hingga 17 November.

Tetapi tidak ada petunjuk langsung bahawa pihak yang bertelagah dalam Dewan Republikan, yang telah memaksa pertikaian mengenai pembiayaan pemerintah, akan menerimanya, jika diluluskan di Senat.

“Menggantung pemerintah dek pertikaian belanjawan domestik, tidak mengukuhkan kedudukan politik sesiapa,” kata Encik McConnell.

“Ia hanya meletakkan kemajuan penting di atas ais. Dan ia menyebabkan berjuta-juta rakyat Amerika terpinga-pinga,” katanya.

Jika perjanjian tidak dicapai sehingga Sabtu, ratusan ribu pekerja persekutuan boleh diberhentikan kerja, menyekat sebahagian besar perkhidmatan pemerintah.

Ini mungkin bermakna penerima bantuan kebajikan tidak mendapat bayaran yang mereka harapkan, dan operasi lapangan terbang boleh tergendala, rancangan perjalanan terus menjejas berjuta-juta orang.

Sesetengah pekerja akan terus bekerja – seperti tentera dan lain-lain yang dianggap penting – tetapi tidak akan mendapat gaji mereka, sehingga belanjawan akhirnya diluluskan.

Presiden Demokrat, Encik Joe Biden, menyalahkan sekumpulan kecil ahli parlimen Republikan “pelampau” di Dewan, dengan mengatakan beliau sebelum ini mencapai kesepakatan mengenai belanjawan dengan pemimpin Senat Republik, Encik Mitch McConnell.

Barisan tegar Dewan “bertekad untuk menutup pemerintah”, kata Encik Biden dalam mesej video.

Sementara itu, arus perdana Republikan “enggan... untuk menentang pelampau dalam parti mereka”, kata Encik Biden.

“Jadi sekarang semua orang di Amerika terpaksa menerima padahnya,” kata beliau.

Draf Senat mengesahkan bahawa bantuan kepada Ukraine, yang memerangi pencerobohan Russia selama lebih dari satu setengah tahun, akan terjejas.

Minggu lalu, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkunjung ke Rumah Putih untuk cuba meyakinkan bilangan anggota Kongres Republikan agar terus memberikan sokongan terhadap negaranya.

Tetapi selepas Encik Biden meminta Kongres sejumlah AS$24 bilion ($33 bilion) untuk Kyiv, Senat hanya meluluskan peruntukan AS$6.1 bilion.

Tetapi penyokong tegar dalam Dewan berkata mereka tidak mahu lagi wang pergi ke Kyiv, selepas AS$110 bilion telah disediakan sejak pencerobohan Russia bermula pada Februari 2022.

“Apabila anda mempunyai seorang presiden yang lebih mementingkan kedaulatan Ukraine daripada kedaulatan negara kita sendiri, maka anda mempunyai masalah,” kata Wakil Republikan, Encik Chip Roy, merujuk kepada Encik Biden.

Walaupun Senat meluluskan langkah itu dengan cepat, terdapat keraguan bahawa Dewan tidak boleh bertindak cepat, bagi mengelakkan sekurang-kurangnya penutupan yang singkat.

Prospek ekonomi terbesar dunia itu, tidak dapat menghasilkan belanjawan pemerintah, hanya empat bulan selepas Washington hampir hampir gagal membayar hutangnya kerana kebuntuan politik.

Itu boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi Amerika dan seterusnya.

Pasaran saham Amerika merosot lebih daripada 1 peratus pada hari Selasa di tengah-tengah prospek penutupan pemerintah.

Pada hari Isnin, Moody’s – satu-satunya agensi penarafan utama yang mengekalkan skor maksimumnya untuk hutang pemerintah Amerika – memberi amaran bahawa drama terbaru itu boleh mengancam status peringkat teratasnya. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >