Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Kongres AS kecoh, ditangguhkan tanpa pilih Speaker

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat yang baru, menjadi kucar-kacir kelmarin, apabila pembangkang sayap kanan Republikan menyekat calon pilihan, Encik Kevin McCarthy, daripada menjadi Speaker Dewan Perwakilan, dalam beberapa siri undian yang memalukan, yang dilihat sebagai teguran keras terhadap parti itu.



Anggota dewan kongres California itu, memerlukan majoriti mudah untuk dipilih sebagai penggubal undang-undang paling tinggi di Washington, yang akan memimpin perjalanan urusan Dewan Perwakilan.



Jawatan itu adalah yang kedua dalam barisan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat, selepas presiden.



Tetapi, buat pertama kalinya sepanjang abad ini, Republikan gagal memilih seorang Speaker, dalam tiga pusingan pertama pengundian yang sengit - yang diberi liputan menyeluruh di seluruh rangkaian televisyen Amerika Syarikat.



Daripada meraikan penguasaan baru mereka di Dewan Perwakilan, parti itu malah menghadapi tentangan berlarutan untuk memilih seorang speaker, memperdalam lagi perpecahan dalaman - dan menggugat kerjaya politik Encik McCarthy.



Encik McCarthy, 57 tahun, memerlukan 218 undi di dewan itu, yang bertukar kepada majoriti kecil Republikan 222-212, selepas pilihan raya pertengahan, tahun lalu.



Tetapi beliau gagal menarik penentang parti itu supaya memihak kepadanya, termasuk beberapa sekutu berprofil tinggi mantan presiden Encik Donald Trump.



Beliau terkejut apabila mendapati terdapat 19 undi "menentang" dari kalangan penyokongnya sendiri, dalam dua pusingan pertama pengundian, kemudian menjadi 20 pula yang menentang dalam pusingan ketiga.



Sokongan terhadapnya lemah hingga dikalahkan oleh pemimpin minoriti Demokrat, Encik Hakeem Jeffries, pada awal pengundian ketiga-tiga pusingan - walaupun terdapat sedikit keraguan seorang anggota Republikan akhirnya akan memegang jawatan Speaker bagi dewan itu.



Encik McCarthy sudah lama inginkan jawatan itu, setelah menarik diri daripada bersaing pada 2015, selepas beberapa kesilapan dan tentangan daripada kumpulan sayap kanan parti itu.



LANGKAH SELANJUTNYA



Kali ini, beliau sekali lagi tersandung gara-gara tentangan daripada kumpulan sayap kanan, sekalipun telah tunduk kepada asakan supaya mendesak siasatan terhadap parti Demokrat, termasuk Presiden Joe Biden, selepas mengambil alih kuasa Dewan Perwakilan itu.



Para anggota Dewan bersetuju untuk menangguhkan pengundian sehingga Rabu, apabila Republikan dilihat sedang mengumpulkan sokongan, memulihkan keadaan dan menyiapkan strategi bagi mengubah kekalahan yang memalukan itu menjadi satu kemenangan.



Namun, hakikatnya adalah, Encik McCarthy tidak mendapat undi," kata perwakilan Florida, Encik Byron Donalds, dalam satu kenyataan, sebelum pengundian itu ditangguhkan.



Malah, beliau menggesa rakan-rakannya supaya "berehat dan berbincang," untuk mencari huraian.



Kali terakhir kejadian seperti ini berlaku - pemilihan speaker perlu pengundian lebih satu pusingan - adalah pada 1923.



Satu lagi proses pemilihan speaker pada 1855, dilakukan sebanyak 133 pusingan pengundian, selama dua bulan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >