Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Solat kapasiti penuh di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Saudi izin jemaah beribadat dalam saf rapat buat pertama kali sejak mula pandemik selepas langkah longgarkan sekatan diumum
Oct 18, 2021 | 05:30 AM



MAKKAH: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah mulai semalam dengan jemaah dibenarkan beribadah dengan saf rapat buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 melanda.



Kakitangan kededua masjid mengalihkan tanda dan pelekat yang mengingatkan jemaah menjaga jarak selamat sekitar masjid sebelum ini.



"Ini selaras dengan keputusan untuk melonggarkan langkah keselamatan dan membenarkan jemaah dan pelawat di Masjidil Haram dengan kapasiti penuh," lapor Saudi Press Agency (SPA).



Gambar dan rakaman yang tersebar dalam talian semalam menunjukkan jemaah yang solat bersebelahan satu sama lain dalam saf rapat buat pertama kali sejak Covid- 19 melanda tahun lalu.



Dengan langkah jarak selamat yang dilonggarkan kini, pihak berkuasa berkata pelawat perlu divaksin penuh dan terus memakai pelitup semasa berada di kawasan masjid.



Kawasan di sekitar Kaabah, bagaimanapun, masih ditutup dan pelawat tidak dibenarkan masuk.



Arab Saudi mengumumkan Ogos lalu bahawa ia akan mula menerima pelawat asing yang divaksin untuk menunaikan umrah.



Julai lalu, hanya sekitar 60,000 warga yang telah divaksin dibolehkan menunaikan ibadah Haji.



Pandemik Covid-19 telah menjejas kededua ibadah Umrah dan Haji, yang juga merupakan antara sumber pendapatan terbesar Arab Saudi dengan sebanyak AS$12 bilion ($16 bilion) setahun.



Dua tahun lalu, kerajaan tersebut juga telah mengeluarkan visa pelawat yang membuka negara itu kepada pelawat asing, bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, dalam usahanya untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara itu.



Antara September 2019 dan Mac tahun lalu, ia telah memberikan lebih 400,000 visa sebelum pandemik melanda, memaksanya untuk menutup sempadan.



Namun, Arab Saudi kini dalam proses pembukaannya dan akan menerima pelawat yang divaksin mulai 1 Ogos.



Awal dari ini, akhbar Arab News melaporkan bahawa Jeddah telah memutuskan untuk melaksanakan beberapa kelonggaran mulai semalam ke atas sekatan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19, termasuk dari segi pemakaian pelitup muka.



Pengumuman itu dibuat Jumaat lalu setelah pihak berkuasa kesihatan melihatkan kes jangkitan Covid- 19 mencatat penurunan secara ketara di seluruh negara dan langkah vaksinasi pula semakin tinggi.



Arab News melaporkan ketetapan baru itu akan hanya membabitkan golongan yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 - meliputi 20.6 juta daripada keseluruhan jumlah 34.8 juta penduduk di Arab Saudi, setakat ini.



Ia juga mengumumkan bahawa peminat sukan yang telah divaksin akan dibenarkan menghadiri semua acara di stadium dan prasarana sukan lain mulai semalam, menurut SPA.



Menurut kerajaan Saudi, menerusi pengumuman Kementerian Ehwal Dalam Negeri itu, pemakaian pelitup muka tidak akan lagi diwajibkan di tempat terbuka, kecuali di lokasi khusus tertentu - termasuk di Masjidil Haram, di Makkah, dan Masjid Nabawi, di Madinah.



Bulan lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa warga asing yang mengunjungi negara itu melalui visa pelancongan boleh melakukan ibadah umrah, selepas mendapatkan permit melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.



Menurut kementerian itu, "hanya mereka yang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 atau pulih daripada jangkitan layak mendapatkan visa umrah". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >