Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura-M’sia meterai perjanjian Zon Ekonomi Khas

Ia akan bantu tingkat aliran perjalanan barangan dan manusia, serta perkukuh ekosistem niaga
sokong pelaburan di wilayah ini
Jan 11, 2024 | 12:04 PM



Singapura dan Malaysia telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Ekonomi Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan membantu meningkatkan aliran perjalanan barangan dan manusia, serta mengukuhkan ekosistem perniagaan bagi menyokong pelaburan dalam wilayah ini.

MOU itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Mohd Rafizi Ramli, di Johor Bahru pada 11 Januari.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu dibuat menyusuli Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Oktober 2023, mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk memperdalam kerjasama ekonomi.

JS-SEZ dijangka memberi manfaat kepada pertumbuhan pelaburan Johor yang teguh, yang menyaksikan pelaburan sebanyak RM70.6 bilion ($20.3 bilion) pada 2022 merentasi pelbagai sektor, termasuk elektronik dan pembuatan makanan.

Singapura merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ini, menjadi pelabur asing kedua terbesar di Johor bagi separuh pertama 2022, menyumbang sekitar 70 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan.

Di bawah pemeteraian MOU itu, kedua-dua Singapura dan Johor komited dalam meneroka beberapa usaha sama yang akan membina ke arah JS-SEZ.

Ini termasuk menambah baik kesalinghubungan rentas sempadan bagi barangan, memudahkan pergerakan bagi pengguna, mengukuhkan ekosistem perniagaan, membangunkan acara promosi bersama antara Johor dan Singapura serta memudahkan kerjasama tenaga boleh diperbaharui Malaysia dan Singapura dalam JS-SEZ.

Langkah-langkah ini dijangka menggalakkan pertumbuhan pelaburan dan mewujudkan pekerjaan berkualiti, disokong oleh inisiatif dalam latihan vokasional dan mengembangkan bakat.

Menekankan potensi JS-SEZ, Encik Gan berkata ia akan memanfaatkan kekuatan pelengkap kedua-dua negara dan menawarkan peluang pertumbuhan.

Beliau berkata: “JS-SEZ menggariskan apa yang Singapura dan Malaysia boleh capai apabila pemerintah dan masyarakat perniagaan kita bekerja rapat.

“Ia akan menjadi jambatan untuk kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan pelengkap satu sama lain dan merebut peluang untuk berkembang bersama.

“Saya mengalu-alukan Perjanjian JS-SEZ ini dan manfaatnya untuk perniagaan kita dan orang ramai.”

Sementara itu, Encik Rafizi pula berkata bahawa JS-SEZ membuka peluang baru untuk meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan manusia, memperkukuh ekosistem perniagaan, serta meningkatkan daya tarikan ekonomi Johor dan Singapura.

“Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa inisiatif ini akan menandakan permulaan babak transformatif dalam hubungan ekonomi dua hala kita, memupuk ketersambungan dan kemakmuran yang tiada tandingan bagi kedua-dua negara kita.”

Satu aspek penting di bawah MOU itu ialah penubuhan Jawatankuasa Bersama JS-SEZ.

Jawatankuasa ini, yang diketuai bersama oleh MTI dan Kementerian Ekonomi Malaysia, akan menyelia pelaksanaan MOU itu.

Menurut MTI, jawatankuasa ini akan melapor kepada Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), yang dipengerusikan bersama oleh Encik Rafizi dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Singapura dan Malaysia merupakan rakan dagangan kedua terbesar antara satu sama lain, dengan perdagangan antara mereka meningkat sebanyak 18.9 peratus kepada $153 bilion pada 2022.

Perkongsian ekonomi ini diperkukuh lagi dengan kedudukan Singapura sebagai sumber utama FDI Malaysia, menyumbang sebanyak 20.5 peratus kepada jumlah FDI Malaysia pada tahun yang sama.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk berusaha ke arah mencapai perjanjian penuh mengenai JS-SEZ.

Perkembangan lanjut mengenai kemajuan ini dijangka dibentangkan pada Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 nanti. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >