Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Starbucks Timur Tengah rancang kurangkan 2,000 pekerja

Mar 06, 2024 | 01:33 PM



KAHIRAH: Kumpulan Alshaya, gergasi runcit yang memiliki hak mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah, merancang untuk memberhentikan lebih 2,000 pekerja ekoran perniagaannya yang merudum akibat diboikot pengguna yang mengaitkannya dengan perang Gaza, kata sumber.


Pemotongan itu, yang bermula pada 3 Mac, membentuk sekitar 4 peratus daripada tenaga kerja Alshaya yang berjumlah 50,000 orang dan kebanyakannya tertumpu dalam francais Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara, kata sumber yang enggan namanya disebutkan.

Boikot telah membawa kepada keadaan perdagangan yang sukar bagi syarikat itu, tambah sumber itu.

“Akibat keadaan perniagaan yang sentiasa mencabar sejak enam bulan lalu, kami telah mengambil keputusan yang menyedihkan dan sangat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai Starbucks kami,” kata Alshaya dalam satu kenyataan, tanpa mengesahkan bilangan pekerja yang terjejas.

Alshaya berkata ia akan menyokong para pekerja yang diberhentikan itu dan ia kekal komited kepada rantau tersebut.

“Starbucks kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Alshaya untuk memacu pertumbuhan jangka panjang di rantau yang penting ini,” kata jurucakap Starbucks kepada Reuters.


Ditubuhkan pada 1890 di Kuwait, Alshaya ialah salah satu francaisi runcit terbesar di rantau ini yang mempunyai hak untuk mengendalikan perniagaan jenama Barat yang popular termasuk The Cheesecake Factory dan Shake Shack.

Ia memiliki hak untuk mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah sejak 1999.

Unit Starbucks menjangkau sekitar 2,000 cawangan di 13 negara, merentasi Timur Tengah dan Afrika Utara dan Asia Tengah.

Dalam pada itu, firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, Apollo Global Management Inc, telah berbincang untuk membeli kepentingan dalam perniagaan Starbucks Alshaya, tiga sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu Reuters pada Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >