Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Sumatera Barat usaha kenal pasti tempat berlindung jika berlaku tsunami

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



PADANG (Sumatera): Gabenor Sumatera Barat, Encik Mahyeldi, menggesa pentadbiran bandar dan daerah di Indonesia supaya menyenaraikan bangunan tinggi di kawasan yang terdedah kepada tsunami supaya bangunan itu boleh digunakan sebagai tempat perlindungan apabila berlaku bencana.



"Kejadian berulang gempa bumi dan tsunami kekal berpotensi.



"Oleh itu, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menyediakan lebih banyak tempat perlindungan," katanya di Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat, pada Khamis.



Terdapat beberapa pusat perlindungan di bandar Padang dan beberapa kawasan lain yang boleh digunakan untuk menempatkan mangsa yang dipindahkan, sekiranya gempa bumi kuat dan tsunami berlaku, tambah Encik Mahyeldi.



Namun, beliau menekankan kepentingan menyediakan lebih banyak tempat perlindungan bagi mangsa yang dipindahkan.



Mana-mana bangunan kalis gempa boleh digunakan untuk melindungi mereka yang terjejas oleh bencana.



"Masjid, sekolah dan pasar yang terletak di tempat sesak boleh dijadikan tempat perlindungan, asalkan bangunannya tahan gempa," katanya.



Bagi membolehkan mereka dijadikan pusat pemindahan, pemerintah wilayah perlu membuat senarai bangunan kalis gempa di kawasan pentadbiran mereka, tambahnya.



Selain itu, pentadbiran wilayah juga perlu menyediakan laluan dan zon pemindahan yang mudah diakses dan selamat, serta mengadakan latihan mitigasi bencana secara berkala buat penduduk, katanya.



Pada awal pagi Selasa lalu, gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegarkan kawasan di daerah Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat, menyebabkan penduduk tempatan meninggalkan kediaman mereka.



Gegaran gempa bumi kuat itu turut dirasai ramai penduduk di bandar dan daerah lain di wilayah itu.



Sumatera Barat pernah mengalami gempa bumi maut berukuran 7.9 pada magnitud pada 30 September 2009.



Gempa bumi Padang itu mengorbankan sekurang-kurangnya 383 orang dan memusnahkan banyak bangunan dan rumah pemerintah.



Indonesia sering mengalami gempa kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik sering bertembung.



Pada 2004, satu gempa bumi berukuran 9.1 magnitud berlaku di wilayah Aceh di Sumatera, menyebabkan tsunami dan membunuh lebih 170,000 orang di Indonesia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >