Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suruhanjaya pilihan raya didapati bersalah langgar etika pencalonan Gibran

Feb 06, 2024 | 02:30 PM



JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) meletakkan integritinya di bawah penelitian awam sekali lagi, selepas kepimpinannya didapati melakukan pelanggaran etika berhubung pendaftaran Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.


Dalam perbicaraan etika pada 5 Februari, Pengerusi Majlis Etika Organisasi Pilihan Raya (DKPP), Encik Heddy Lugito, berkata pengerusi KPU Encik Hasyim Asy’ari dan kesemua enam pesuruhjaya itu, bersalah atas pelanggaran etika, kerana membenarkan Encik Gibran mendaftar pencalonannya sebelum suruhanjaya itu melaraskan umur minimum bagi calon dalam peraturan dalamannya.

Encik Gibran, 36 tahun, datuk bandar Surakarta yang juga anak Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, pada mulanya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya kerana umurnya di bawah 40 tahun.

Dalam keputusan kontroversi pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan syarat umur minimum bagi calon yang berpengalaman, sekali gus membuka jalan kepada Encik Gibran untuk mendaftarkan dirinya sebagai pasangan calon kepada Encik Prabowo Subianto, lapor The Jakarta Post.


DKPP berkata KPU sepatutnya segera mengadakan pertemuan dengan penggubal undang-undang dan pemerintah, berikutan keputusan mahkamah, yang merupakan prasyarat untuk menyemak semula peraturan KPU.

Namun, KPU sebaliknya memilih untuk hanya memaklumkan parti politik tentang perubahan yang diperkenalkan oleh keputusan itu.

KPU meminta pertemuan dengan penggubal undang-undang seminggu kemudian.

Secara berasingan pada 4 Februari, Encik Hasyim yang ditukil Tempo.co berkata: “Saya tidak mempunyai komen mengenai perkara ini; saya hanya akan terus bekerja.”


Majlis etika memberi teguran kepada Encik Hasyim dengan “amaran keras terakhir,” manakala enam Ahli KPU yang lain menerima “amaran keras”.

Ini kerana Encik Hasyim sebelum ini telah diberikan dua amaran keras daripada DKPP kerana pelanggaran etika, pada Mac dan April 2023.

Pakar undang-undang Perlembagaan, Cik Bivitri Susanti, berkata tiga perlanggaran etika sepatutnya cukup untuk Encik Hasyim dipecat sebagai pengerusi KPU.

Tetapi DKPP enggan berbuat demikian mungkin kerana bimbang dengan pemecatan Encik Hasyim dan melantik pengganti kira-kira sembilan hari sebelum hari pengundian 14 Februari, boleh menimbulkan kekecohan.

“Tetapi saya rasa (Encik) Hasyim sepatutnya dipecat,” katanya .

Seorang lagi pakar undang-undang Feri Amsari berkata keputusan DKPP telah mempersoalkan integriti KPU.

“(Ketetapan DKPP) semakin mengesahkan bahawa KPU berniat untuk menipu (peraturan) dalam pengendalian pilihan raya, terutamanya apabila ia melibatkan pencalonan Gibran,” kata Encik Feri.

“Pencalonan Naib Presiden tidak beretika? Pelanggaran etika di KPU adalah skandal etika kedua, yang menyelubungi pencalonan Gibran.”

Pertama berlaku pada November, apabila majlis etika Mahkamah Perlembagaan mendapati ketua hakim negara ketika itu, Encik Anwar Usman – bapa saudara Encik Gibran – bersalah atas pelanggaran etika, kerana gagal menarik diri daripada keputusan 16 Oktober dan kerana mempengaruhi rakan-rakan hakimnya.

“Kedua-dua pelanggaran etika itu, bagaimanapun, tidak akan memberi kesan serta-merta ke atas bidaan calon Naib Presiden Gibran, memandangkan sama ada DKPP mahupun majlis etika Mahkamah Perlembagaan tidak boleh membatalkan pencalonannya,’‘ ujar Encik Feri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >