Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syahdu, pilu iringi pengebumian diraja Ratu Elizabeth

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



SUASANA syahdu menyelubungi seluruh Britain apabila upacara pengebumian diraja untuk mendiang Ratu Elizabeth II berlangsung penuh sendu petang semalam.



Tepat 8 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Singapura), pintu Dewan Westminster di kawasan Parlimen di ibu kota London, di mana keranda Ratu Elizabeth ditempatkan untuk acara penghormatan terakhir, telah ditutup sebagai menandakan berakhirnya acara itu.



Pada 10.44 pagi (5.44 petang di sini), keranda mendiang telah dibawa keluar untuk diusung ke gereja Westminster Abbey, dengan dipimpin Raja Charles III bersama dua anaknya; Putera William dan Putera Harry dan ahli keluarga diraja, atas pedati meriam dan diiringi 142 anggota tentera laut diraja Britain.



Perarakan itu disaksikan ribuan orang.



Ratu Elizabeth memerintah United Kingdom dan 14 jajahan dan takhluknya di usia 25 tahun, selama lebih 70 tahun, sebelum meninggal dunia pada usia 96 tahun pada 8 September lalu di Istana Balmoral, Scotland.



Seramai 2,000 orang terdiri daripada keluarga diraja Britain dan pembesar luar negara - termasuk raja dan ratu, presiden, perdana menteri dan duta asing - menghadiri upacara pengebumian yang berlangsung pada 11 pagi (6 petang di sini) itu.



Singapura diwakili Presiden Halimah Yacob.



Upacara pengebumian dijalankan Dekan Westminster, Dr David Hoyle, dengan Biskop Besar Canterbury, Kardinal Justin Welby dengan ucapan takziah oleh Perdana Menteri Britain, Cik Liz Truss, sebelum mendiang disemadikan di gereja kecil, St George's Chapel, di Istana Windsor.



Jutaan orang mengikuti upacara pengebumian negara penuh adat istiadat itu menerusi siaran televisyen - yang terbesar dan paling gah dilakukan kerajaan Britain, sejak upacara pengebumian negara untuk mantan perdana menteri, Sir Winston Churchill, hampir 60 tahun lalu.



Raja Charles III, 73 tahun, yang merupakan anak sulung dan pengganti Ratu Elizabeth, telah menyatakan "kehibaan sangat mendalam" atas pemergian ibunya itu.



*Artikel ini telah disemak bagi memperhalusi ketepatannya. 



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >