Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan Nanmadol landa Jepun, 4 dipercayai maut

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Dua orang disahkan meninggal dunia dan dua lagi ditemui tanpa tanda vital selepas Taufan Nanmadol membadai Jepun hujung minggu lalu, menurut jurucakap kerajaan negara itu semalam.



Ribut taufan itu melanda bandar barat daya Kagoshima Ahad lalu, dengan hujan lebat di serata rantau Kyushu sebelum melanda kawasan pantai barat.



Menjelang pagi semalam, taufan itu reda hingga ke tahap puting beliung luar tropik sedang ia merentas kawasan pantai timur laut dan menuju ke arah laut.



Ribut itu antara lain menyebabkan pokok tumbang dan tingkap pecah.



Ia juga menyebabkan hujan lebat yang jumlahnya sama banyak dengan hujan sebulan dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan di wilayah Miyazaki, di mana dua mangsa disahkan terkorban.



Jurucakap kerajaan tempatan, Encik Hirozaku Matsuno, berkata lagi dua orang pula ditemui "tanpa tanda vital", satu istilah yang biasanya digunakan di Jepun sebelum kematian itu disahkan oleh koroner secara rasmi.



Tambahnya, pihak berkuasa juga sedang mencari seorang individu yang dilaporkan hilang.



Sekurang-kurangnya 114 orang cedera akibat ribut itu, dengan 14 daripada mereka cedera serius.



Hingga awal semalam, sekitar 140,000 rumah di serata negara, kebanyakannya di Kyushu, masih tidak mempunyai bekalan elektrik.



Jepun kini sedang mengalami musim taufan dan dilanda sekitar 20 ribut sedemikian setiap tahun.



Menurut saintis, perubahan iklim sedang meningkatkan tahap ribut dan menyebabkan cuaca ekstrem seperti gelombang haba, kemarau serta banjir kilat berlaku lebih kerap dan teruk.



Awal bulan ini, ribuan penduduk di Korea Selatan terpaksa dipindahkan apabila Taufan Hinnamnor membadai wilayah selatan negara itu, dengan hujan lebat dan angin kencang memusnahkan pokok dan jalan raya serta menyebabkan lebih 20,000 rumah terputus bekalan elektrik.



Ribut itu dikatakan paling kuat melanda negara tersebut dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan berlaku beberapa minggu selepas ibu kota Seoul serta kawasan berdekatan dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat dan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.



Agensi kaji cuaca Korea Selatan berkata Hinnamnor membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga 144 kilometer sejam.



Sementara itu, Pakistan - negara kelima paling ramai penduduk di dunia - kini berdepan dengan bencana banjir yang mengerikan hingga menenggelamkan sebahagian besar negara itu.



Ini antara lain selepas wilayah Sindh dihujani 464 peratus melebihi daripada yang pernah dialami sepanjang beberapa minggu lalu, paling buruk dalam masa 30 tahun.



Wilayah Balochistan juga teruk terjejas dan merupakan antara 80 daerah yang sejauh ini telah ditenggelami air. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >