Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tembak jatuh 'objek asing' di ruang udara Alaska

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Jet pejuang Amerika Syarikat menembak jatuh sebuah objek asing yang terbang di ruang udara Alaska kelmarin, kata Rumah Putih.



Enam hari lalu, Amerika juga menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China sehingga 'kehadiran' objek itu mencetuskan perselisihan diplomatik terbaru dengan Beijing.



Mendedahkan perkara itu, Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata pihaknya tidak jelas tujuan objek itu memasuki ruang udara kawasan berkenaan sehingga terpaksa bertindak menembak jatuh.



Mengulas mengenai objek itu, Encik Kirby berkata objek berkenaan terbang pada ketinggian 40,000 kaki sambil menyifatkan ia memberi ancaman terhadap penerbangan awam.



"Presiden (Joe Biden) mengarahkan tentera untuk menembak jatuh objek berkenaan," katanya.



Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai insiden berkenaan di Rumah Putih, Encik Biden menegaskan tindakan menembak jatuh objek berkenaan adalah satu kejayaan.



Menjelaskan lebih lanjut objek berkenaan, Encik Kirby berkata ia jauh lebih kecil berbanding belon milik China yang melintasi ruang udara Amerika pada minggu lalu.



Tegasnya, pihaknya membuat ketetapan supaya objek berkenaan ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika di pinggir laut Atlantik pada Sabtu lalu.



"Saiznya lebih kurang seperti kereta kecil.



"Kami tidak tahu siapa memilikinya sama ada kepunyaan negara tertentu atau korporat. Kami tidak faham tujuan sepenuhnya," katanya.



Sementara itu, jurucakap Pentagon, Brigediar Jeneral Pat Ryder, berkata jet pejuang jenis F-22 Raptor digunakan untuk melancarkan peluru berpandu AIM-9X dalam operasi berkenaan.



Jelas beliau, ia adalah pesawat dan peluru berpandu sama digunakan bagi menyasarkan belon pengintip didakwa milik China.



Pihak berkuasa Amerika mendakwa belon berkenaan diterbangkan ke lebih 40 negara termasuk sekurang-kurangnya empat kali sebelum ini ke wilayah Amerika.



Beijing sebelum ini menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.



Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika, Jeneral Ryder, berkata selepas belon itu ditembak jatuh di perairan Amerika, Pentagon mahu mengadakan rundingan antara Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, dan rakan sejawatan dari China, Encik Wei Fenghe.



"Kami percaya kepentingan mengekalkan komunikasi terbuka antara Amerika dan China untuk mengurus hubungan secara bertanggungjawab. Hubungan ketenteraan antara kami amat penting dalam saat seperti ini. Komitmen kami untuk berkomunikasi akan diteruskan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >