Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel undur dari Hospital Al-Shifa, tinggalkan runtuhan dan mayat

Apr 02, 2024 | 01:08 PM



GAZA: Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada 1 April selepas operasi dua minggu oleh pasukan khas yang turut menahan ratusan penduduk yang disyaki militan Palestin dan meninggalkan puing-puing bangunan yang musnah dan mayat bergelimpangan.


Dengan akses ke hospital terbesar di Gaza sangat terhad, versi Israel dan Palestin berbeza dengan ketara.

Pegawai Palestin menyifatkan serbuan ke atas hospital yang merawat pesakit cedera parah sebagai jenayah perang, manakala pegawai Israel berkata unit pasukan khas melakukan serangan bersasar terhadap kubu kuat Hamas yang sengaja ditempatkan dalam kalangan orang awam.

Beribu-ribu rakyat Palestin – 6,200 menurut tentera Israel – telah berlindung di kompleks itu, salah satu daripada beberapa lokasi di utara Gaza dengan sedikit akses kepada elektrik dan air.

Encik Ismail Al-Thawabta, pengarah pejabat media Gaza yang dikendalikan Hamas, berkata tentera Israel telah membunuh 400 rakyat Palestin di dalam dan sekitar hospital termasuk seorang doktor wanita dan anaknya, dan melumpuhkan kemudahan itu.

Hamas dan pegawai perubatan menafikan kehadiran anggota bersenjata di hospital tersebut tetapi jurucakap tentera Israel, Encik Daniel Hagari, berkata tapak itu telah dijadikan pusat operasi utama oleh Hamas dan Jihad Islam.

Menurutnya, pesakit kecemasan telah dipindahkan dari hospital sebelum operasi dan berkata tiada orang awam Palestin, pesakit atau kakitangan perubatan telah dicederakan oleh tentera Israel.

Beliau berkata tiga daripada bangunan utama di kompleks itu telah musnah dalam pertempuran itu – bilik kecemasan utama, wad bersalin dan bangunan tambahan – selepas pejuang Hamas menolak panggilan untuk menyerah diri.

Beliau berkata 200 militan dan dua askar Israel telah terbunuh semasa operasi itu dan lebih 900 suspek militan ditahan.

Dokumen yang ditemui menunjukkan hospital itu digunakan sebagai pangkalan untuk mengawal utara Gaza.

Selain senjata dan peralatan komputer, wang tunai bernilai lebih AS$3 juta (S$4.05 juta) turut ditemui, katanya.

Rakaman di media sosial menunjukkan mayat, sebahagiannya ditutup dengan selimut kotor, bergelimpangan di sekeliling bangunan hospital yang hampir musnah akibat dibedil atau kebakaran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >