Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TikTok, platform ‘perang’ baru calon presiden Indonesia

Feb 12, 2024 | 06:01 PM



JAKARTA: Pada satu acara kempen presiden Indonesia, pengundi muda Cik Irene Putri Aisyah, 22 tahun, sibuk memuat naik semua yang dilihatnya – daripada tarian comel hingga demonstrasi memasak – kepada aplikasi video pendek TikTok.

Untuk memikat pengundi muda seperti Cik Irene, ketiga-tiga calon pilihan raya presiden negara itu yang bertanding pada 14 Februari telah agak cenderung kepada TikTok, yang mempunyai 125 juta pengguna di negara itu, kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.

Tetapi pakar berkata platform itu juga dibanjiri dengan kandungan bermasalah yang cuba memanipulasi pengundi muda, yang membentuk lebih separuh daripada kira-kira 205 juta pengundi berdaftar di Indonesia.

Dalam medan ‘peperangan’ dalam talian baru ini, Encik Prabowo Subianto, seorang bekas anggota tentera yang pernah digeruni, telah menjenamakan semula dirinya sebagai seorang negarawan yang mesra.

Rakaman video gerakan tariannya yang janggal, mengingatkan ramai akan seni mempertahankan diri, telah meraih jutaan tontonan, memberi inspirasi kepada orang lain untuk menirunya.

Apabila calon itu berdepan kecaman hebat daripada pesaingnya dalam satu perdebatan di televisyen, penyokong wanita berkongsi video mereka menangis untuk Encik Prabowo.

Pesaing beliau, Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo, juga telah meningkatkan kehadiran mereka pada aplikasi tersebut, menjawab soalan secara siaran langsung atau berkongsi video pertemuan dengan pengundi.

“TikTok ialah aplikasi paling menarik buat pengundi kali pertama, jadi ia mempunyai pengaruh besar sebagai platform untuk berkempen dan menyebarkan maklumat berkaitan pilihan raya,” kata Cik Anita Wahid, seorang penyelidik yang pernah bekerja dengan TikTok dalam isu berkaitan amanah dan keselamatan.

Semasa tempoh kempen, TikTok menjadi sumber maklumat kedua paling banyak digunakan rakyat Indonesia mengenai politik, selepas televisyen, menurut satu tinjauan pada Januari oleh tinjauan pendapat Indikator Politik Indonesia.

Cik Irene berkata: “Kami boleh mencari maklumat tentang Prabowo dengan mudah di TikTok.”

Tetapi pakar telah menyatakan bahawa beberapa maklumat ini mungkin tidak betul.

Dr Endah Triastuti, seorang penyelidik komunikasi di Universiti Indonesia, berkata kerana kandungan sedemikian, ramai pengundi muda mungkin tidak menyedari bahawa Encik Prabowo telah dipaksa untuk menafikan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa beliau menjadi komander pasukan khas.

Imej manipulasi dan video palsu calon juga telah disebarkan secara meluas.

TikTok berkata di laman webnya bahawa dasarnya adalah untuk membuang “maklumat salah yang bahaya” dan bekerjasama dengan pemeriksa fakta untuk menandai atau menafikannya. Iklan politik dan pengumpulan dana juga diharamkan di platformnya.

Seorang jurucakap TikTok pula berkata dalam satu e-mel: “Kami mengutamakan melindungi integriti pilihan raya di platform kami supaya komuniti kami dapat terus menikmati pengalaman TikTok yang kreatif dan menghiburkan.”

Pengundi muda lebih suka melihat calon mencipta kandungan yang menyeronokkan, yang menjelaskan daya tarikan dan kejayaan aplikasi TikTok itu dalam pilihan raya kalai ini, kata Cik Anita.

“Ini adalah satu peperangan baru,” katanya. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >