Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tubuh negara Palestin bukan di PBB, melalui rundingan langsung: AS

Apr 04, 2024 | 01:44 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata bahawa penubuhan negara Palestin yang berdaulat harus dilakukan melalui rundingan langsung antara pihak dan bukannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Pihak Berkuasa Palestin pada 2 April telah meminta PBB menimbangkan semula permohonan 2011 untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.

Ia kini mempunyai pengiktirafan de facto terhadap negara berdaulat Palestin selepas PBB memberikannya status sebagai negara pemerhati bukan anggota pada 2012.

Kedudukan Amerika, sekutu terpenting Israel, mencerminkan pendirian Israel dalam isu itu.

Permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB perlu diluluskan oleh 15 anggota Majlis Keselamatan PBB termasuk Amerika yang boleh menggunakan kuasa pembatalnya, atau veto, dan kemudian sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 193 anggota Perhimpunan Agung.

Apabila ditanya sama ada Amerika akan menggunakan kuasa veto Majlis Keselamatannya untuk menyekat bidaan Palestin, jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, pada 3 April berkata:

“Saya tidak akan membuat spekulasi tentang apa yang mungkin berlaku selanjutnya.”

Tetapi beliau menambah bahawa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan jaminan keselamatan untuk Israel “adalah sesuatu yang harus dilakukan melalui rundingan langsung antara pihak-pihak terlibat”.

Menurutnya, rundingan langsung itulah yang sedang pihaknya cuba usahakan pada masa ini – dan bukan di PBB.

Desakan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB tiba ketika perang antara Israel dengan militan Hamas Palestin di Gaza memasuki bulan keenam dan Israel sedang mengembangkan penempatan di Tebing Barat yang didudukinya.

Malta adalah presiden Majlis Keselamatan untuk April.

Duta Malta untuk PBB, Cik Vanessa Frazier, berkata pada 3 April bahawa permintaan Palestin telah diedarkan kepada ahli majlis.

“Kami akan berunding dengan setiap anggota untuk mempertimbangkan cara yang sesuai untuk bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita.

Utusan Palestin ke PBB, Encik Riyad Mansour, memberitahu Reuters pada 1 April bahawa matlamatnya adalah untuk Majlis Keselamatan membuat keputusan pada mesyuarat peringkat menteri pada 18 April di Timur Tengah, tetapi undian masih belum dijadualkan.


Sedikit kemajuan telah dicapai ke arah usaha mewujudkan negara Palestin sejak Israel dan Pihak Berkuasa Palestin menandatangani Perjanjian Oslo pada awal 1990-an.

Namun pendirian Amerika begitu jelas kerana majoriti besar anggota Senat parti Demokrat dukungan Presiden Amerika, Encik Joe Biden tampil menyokong kenyataan mengulangi sokongan Amerika terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Undian yang dijalankan pada Januari menunjukkan 49 daripada 51 anggota Demokrat menyokong pindaan ke atas penyelesaian rundingan bagi konflik yang membolehkan negara Israel dan Palestin hidup berjiran, memastikan kelangsungan hidup Israel sebagai negara Yahudi yang selamat dan demokratik, serta memenuhi “aspirasi sah” Palestin untuk negara mereka sendiri. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >