Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno dijangka putuskan nasib beberapa pemimpin

Mesyuarat MKT bincang tentang pemimpin yang sabotaj, kritik kepimpinan parti
Jan 28, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan malam tadi menjadi tumpuan ramai berikutan beberapa keputusan besar dijangka dibuat termasuk mengenai tarikh pemilihan, selain menentukan nasib beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepemimpinan parti.



Berdasarkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lewat malam kelmarin, mesyuarat MKT malam tadi akan melakukan pembersihan secara besar-besaran, yang secara tidak langsung memberi isyarat beberapa pemimpin bakal disingkirkan.



Nasib bekas Ahli Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin juga diketahui dalam sesi ini berikutan tindak tanduknya yang didakwa melanggar disiplin parti berikutan kelantangannya mengkritik pemimpin parti.



Semalam, Encik Khairy berkata beliau tidak terkejut jika beliau akan menjadi antara individu yang bakal dipecat daripada parti sama seperti beberapa pemimpin veteran lain yang menentang Datuk Ahmad Zahid.



"Kalau soal disiplin ini, prosesnya haruslah melalui Lembaga Disiplin, tetapi di bawah MT sudah ada banyak keputusan yang unilateral," kata Encik Khairy dipetik Utusan Malaysia.



"Jadi saya tidak terkejut jika saya tidak dirujuk dan mereka bangkitkan isu saya serta rakan-rakan yang lain," katanya sambil menambah beliau masih belum menerima sebarang surat daripada lembaga disiplin.



Encik Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan sebelum ini, secara terbuka 'mengkritik' beberapa pemimpin Umno selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi tidak terkubur dalam parti itu.



Selain Encik Khairy, ahli MKT Umno, Tan Sri Noh Omar yang mengesahkan beliau bersama empat pemimpin Umno Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri, telah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankasa Pengurusan Lembaga Disiplin Umno pada 30 Januari ini.



"Saya sedia dipanggil (menghadap) Lembaga Disiplin Umno dan rela kena pecat kalau prinsip saya bersuara demi parti dianggap sabotaj,'' kata Tan Sri Noh.



Jelas bekas Pengerusi Umno Selangor itu, selain beliau, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang, Jasman Anuar; Ketua Puteri Umno bahagian, Salbiah Saari; adik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian, Yusop Omar dan anak perempuannya yang juga AJK Puteri Umno bahagian, Nurul Syazwani turut menerima notis sama yang dihantar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menerusi kiriman aplikasi Whatsapps, minggu lalu.



Pada Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU 2022) lalu, Tan Sri Noh juga lantang mengkritik parti selepas pemimpin Kelab Umno Luar Negara dikatakan dihalang berbahas kerana ada kecenderungan mengkritik presiden parti dan tidak setuju dengan usul tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.



Dalam masa yang sama, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Perak membuka pintu menerima sesiapa sahaja menjadi ahli parti itu termasuk bekas ahli Umno demi penyatuan Islam dan orang Melayu.



Setiausaha Perhubungannya, Encik Fairuz Hafiizh Othman, berkata parti itu hanya meletakkan syarat cukup umur dan beragama Islam untuk menyertai parti itu manakala bagi yang bukan Islam boleh menyertai Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >