Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha baik pulih kerosakan Taufan Gabrielle dijangka telan kos berbilion

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON: Pemerintahan New Zealand menjangkakan kos akibat taufan dahsyat yang memusnahkan Pulau Utara negara itu pada minggu lalu dianggarkan menelan belanja "berbilion-bilion", kata Menteri Kewangan Grant Robertson dalam temu bual dengan media tempatan pada Ahad.



Encik Robertson memberitahu program Q+A TVNZ bahawa masih sukar untuk menilai tahap sebenar kerosakan.



Beribu-ribu orang di wilayah Hawke's Bay dan Gisborne masih tiada tempat berteduh, terputus bekalan air dan tenaga elektrik.



Sambil mengulangi bahawa keadaan posbencana yang masih di peringat "hari yang sangat awal", Encik Robertson berkata kerajaan menjangka kos pemulihan akan setanding dengan gempa bumi Christchurch 2011, iaitu sekitar NZ$13 bilion ($11 bilion).



"Itu saiz kerosakan yang kami lihat sekarang dari segi kos sekarang," katanya.



"Jelas sekali tahap kemusnahan dari segi infrastruktur, dari segi rumah dan perniagaan orang ramai adalah sangat tinggi," tambah Encik Robertson. "Ia akan menjadi musibah berkaitan cuaca terbesar abad ini, dan ia akan mempunyai tanda harga berbilion dolar."



Taufan Gabrielle memusnahkan kebun, ladang anggur dan tanaman ladang di beberapa kawasan paling produktif di New Zealand.



Kerosakan jalan raya, gangguan tenaga dan komunikasi yang berterusan bermakna pemproses makanan tidak dapat beroperasi.



Angka kematian akibat peristiwa itu ialah 11, dengan lebih banyak kematian dijangka ketika pemulihan berterusan.



Sekitar 5,000 orang di New Zealand telah mendaftar dengan polis kerana tidak dapat menghubungi rakan atau keluarga sejak taufan melanda, kata pihak berkuasa pada 18 Februari.



Polis berkata ramai penduduk tidak mempunyai akses kepada rangkaian perhubungan kerana sekitar 62,000 hartanah dan rumah masih tidak mempunyai bekalan elektrik.



Hampir 2,000 orang pula kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Hawke's Bay, sementara sehingga 1,000 orang di kawasan itu masih belum dapat dihubungi khidmat kecemasan, kata akhbar New Zealand Herald. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >