Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha SG sokong negara membangun tangani pandemik: See Leng

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bersetuju dengan seruan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi perpaduan antarabangsa dan kerjasama global dan telah berusaha memainkan peranannya menyokong negara membangun, khususnya dalam menangani pandemik.



Bercakap semasa Sidang Buruh Antarabangsa ke-110, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata Covid-19 telah membentangkan cabaran kepada ekonomi global dan menjejas pendapatan penduduk.



Namun ia juga membuka peluang untuk kerjasama berbilang pihak.



Menurut Dr Tan, bersandarkan semangat perpaduan, Singapura telah melakukan usaha untuk memainkan peranannya untuk menyumbang kepada usaha antarabangsa bagi menyokong negara-negara yang paling kurang membangun di samping usaha menangani pandemik Covid-19.



Beliau memberi contoh Program Kerjasama Singapura atau SCP yang membolehkan negara-negara meraih manfaat daripada pelbagai program membina keupayaan yang dibangunkan oleh Singapura dengan lebih 50 rakan setempat dan antarabangsa.



"Lebih 137,000 pegawai pemerintah dari 180 negara, wilayah dan pertubuhan antara pemerintah telah meraih manfaat daripada SCP," kata beliau.



Semasa pandemik pula, Singapura telah memberi peruntukan vaksin di bawah kemudahan Covax kepada negara lain yang lebih memerlukan serta menyumbang kepada Komitmen Pasaran Covax, bagi menyokong akses negara berpendapatan rendah dalam mendapatkan vaksin.



Kata Dr Tan lagi, sejak awal pandemik, Singapura telah memberi bantuan kepada jiran Asean seperti menyumbang ujian diagnostik, pelitup, sanitiser tangan dan mesin PCR.



Di samping itu, negara ini juga telah menyumbang bekalan perubatan bernilai AS$5.7 juta ($7.98 juta) kepada Simpanan Serantau Asean bagi Bekalan Perubatan.



Memandang ke hadapan, Dr Tan berkata kerjasama tiga pihak akan terus menjadi tunggak pertumbuhan dan pemulihan daripada pandemik Covid-19.



Dalam hal ini, Pusat Serantau Singapura bagi Masa Hadapan Kerja telah memupuk dialog sosial tiga pihak dan perbincangan bagi menggalak pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan serta pekerjaan yang baik untuk semua.



Menurut Dr Tan lagi, pihak Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sudah memperbaharui Perjanjian Kerjasama dengan ILO pada tahun lalu.



Di bawah perjanjian itu, negara ini akan terus menyokong pemerintah, majikan dan pekerja di rantau Asean dalam bidang pekerja menerusi kegiatan teknikal bersama.



Dalam pada itu, Dr Tan melahirkan komitmen Singapura untuk terus bekerjasama dengan ILO dalam menyokong usaha-usaha bagi mempersiapkan diri untuk masa depan pekerjaan pascapandemik.



Satu usaha dijalankan nanti ialah Singapura akan menjadi hos bersama bagi Mesyuarat Serantau Asia dan Pasifik dengan ILP pada Disember tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >