Ustaz Harun Din meninggal dunia

ULAMAK terkenal Malaysia, Ustaz Datuk Dr Harun Din, telah meninggal dunia menurut satu kenyataan di laman web rasmi beliau yang dikeluarkan sekitar 10.25 pagi Jumaat.

Kenyataan ringkas itu menyusuli satu kenyataan awal, yang kemudian ditarik balik, yang mengatakan beliau belum meninggal dunia tetapi diletak di bawah sistem sokongan hidup di sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Allahyarham, 76 tahun, ialah mursyidul am, atau pengerusi Majlis Syura Ulamak, Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia jawatan tertinggi dalam parti itu.

Media dalam talian Malaysia melaporkan Allahyarham berada di sebuah hospital di San Francisco kerana menjalani rawatan jantung.

Dalam satu mesej yang dihantar kepada PAS pada 2.30 pagi Jumaat, anak beliau, Encik Hamdi Harun, dilaporkan berkata:

"Baba dalam keadaan koma. Sila maklumkan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS lain. Doktor telah berkata bahawa tidak ada harapan lagi.

"Beliau mengalami pendarahan teruk, dan di bawah sistem sokongan hidup. Kami hanya menunggu masa untuk mematikan mesin dan membenarkan Baba menemui Rabbul Alamin dengan aman."

Pada 7.20 pagi, ahli keluarga sedang menunggu untuk Allahyarham dikeluarkan dari sistem sokongan hidup, kata ketua penerangan PAS, Encik Nasaruddin Hassan Tantawi.

Waktu Solat

Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:14
Isyak
8:23
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,142.900 +15.970