Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vietnam sahkan 23 kes Zika

Nov 03, 2016 | 08:08 AM



HANOI: Jumlah kes Zika sah di Vietnam bertambah dua kali ganda dalam tempoh tiga hari lalu kepada 23, dengan sedozen jangkitan baru dicatat di hab komersial Ho Chi Minh City, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu (2 Nov).



Pegawai kesihatan Vietnam tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai lonjakan kes itu.



Vietnam bulan lalu menaikkan tahap ancaman bagi Zika dan meningkatkan pemantauan wanita hamil di negara itu selepas peningkatan jumlah kes Zika di tengah-tengah wabak yang semakin meningkat di rantau ini.



Virus bawaan nyamuk itu merebak di Asia Tenggara selepas wabak di Amerika. Thailand melaporkan kes mikrosefali pertama di rantau ini pada akhir September. Mikrosefali ialah kecacatan kelahiran, yang ditandai saiz kepala dan otak kecil, yang dikaitkan dengan Zika.



Pada Ahad, Jabatan Pencegahan Kesihatan Vietnam mengesahkan kes mikrosefali pertama di negara itu, melibatkan seorang kanak-kanak empat bulan, dan berkata ia mungkin ada kaitan dengan Zika.



Pesakit itu ditemui di wilayah Dak Lak. Ibunya disahkan menghidap Zika semasa hamil.



Jangkitan Zika dalam kalangan wanita hamil telah terbukti menyebabkan mikrosefali. Hubungan antara Zika dan mikrosefali pertama kali diketahui tahun lalu di Brazil, yang telah mengesahkan lebih 1,900 kes kecacatan itu.



Pada orang dewasa, jangkitan Zika juga dikaitkan dengan sindrom neurologi yang jarang berlaku, Guillain-Barre, serta gangguan saraf lain.



Tiada vaksin atau rawatan bagi Zika, yang merupakan sejenis dengan demam denggi dan chikungunya dan menyebabkan demam ringan, ruam dan mata merah.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran awal bulan lalu bahawa Zika mungkin merebak ke seluruh Asia selepas dikesan di 70 negara, termasuk sekurang-kurangnya 19 di rantau Asia-Pasifik.



Jumaat lepas, kerajaan Myanmar berkata seorang wanita asing hamil telah didiagnosis dengan kes pertama Zika di negara itu.



Sekurang-kurangnya 400 kes Zika dikesan di Singapura tahun ini. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >