Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S’pura terkorban setelah terjatuh dari tebing

Dec 24, 2023 | 05:51 PM



Hajat warga Singapura, Encik Abdul Rauf Mohd Said bersiar-siar bersama isteri, Cik Nur Aisyah Md Akbar, di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat, bertukar menjadi tragedi setelah isterinya terjatuh dari tempat tinggi pada 22 Disember sehingga meragut nyawanya.

Dalam satu catatan Facebook pada 23 Disember, beliau menjelaskan Allahyarhamha Nur Aisyah, 39 tahun, tergelincir di tepi tebing lalu jatuh dari ketinggian lebih kurang 100 kaki (sekitar lapan tingkat).

Apabila kakitangan perubatan tiba ke lokasi, mereka cuba menyedarkan arwah selama tiga jam namun gagal mendapatkan denyutan.

Arwah kemudian dibawa ke hospital terdekat, di mana beliau disahkan meninggal dunia.

BH telah menghubungi pihak berkuasa di New York untuk mendapatkan butiran lanjut.


Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Abdul Rauf, 41 tahun, pengasas bersama firma pelaburan hartanah Noble Sky International yang dikendalikan bersama Cik Nur Aisyah, menjelaskan mereka tiba di New York dari Singapura pada pertengahan Disember.


“Ketika di taman tersebut, kami sedang mencari tempat yang sesuai untuk duduk dan menikmati pemandangan indah yang tidak ada di Singapura.

“Arwah suka ambil gambar dan kami juga ingin berbincang tentang matlamat bagi 2024. Tiba-tiba perkara itu berlaku,” ujarnya.

Beliau akur kini perlu membuat sedikit pengubahsuaian kepada matlamat hidup dan kerjayanya dengan kepergian arwah.

Firma perkhidmatan pelaburan hartanah Noble Sky International yang dikendalikan berpangkalan di Singapura dengan mereka sering berulang-alik ke Amerika Syarikat tiga hingga empat kali setahun bagi urusan tugas.

Sambil menahan sebak, beliau menyifatkan perwatakan arwah sebagai pencinta haiwan yang berhati emas.

Mentelah beliau menggelarkan arwah ‘pencinta haiwan kronik’ kerana sikapnya yang sangat penyayang terhadap haiwan sehinggakan rumah privet mereka di kawasan Pasir Ris menempatkan 40 kucing yang diselamatkan dan dititip arwah.

“Beliau akan ambil kucing terbiar dan membiayai kos menjaga kucing itu dengan wang sendiri. Saya juga teringat kali pertama kami lakukan umrah bersama pada 2018, beliau bawa beg besar diisi makanan kucing untuk diberi kepada haiwan di Makkah,” jelasnya.

Adik ipar arwah, Cik Siti Nurwanti Mohd Said, seorang ejen hartanah, menganggap arwah sebagai insan yang meletakkan keperluan orang lain lebih dahulu dan sering memberi galakan dan kekal positif meskipun keadaan mencabar.

Encik Abdul Rauf kini dalam proses membawa jenazah Allahyarhamha pulang ke Singapura dan tidak dapat memberi tempoh tepat kerana cuti umum di New York dan ketetapan undang-undang.

Memberi respons kepada BH, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata ia sedang memberi bantuan dan sokongan konsular, melalui Konsulat Singapura di New York, kepada keluarga arwah.

Dalam satu catatan pada 24 Disember, beliau menjelaskan: “Ia adalah hasrat terakhir Allahyarhamha, sekiranya beliau tidak menghembus nafas terakhir sama ada di Makkah atau Madinah, untuk dikebumikan di sini (Singapura) berhampiran arwah nenek dan ibu yang tercinta.”


BH telah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) bagi mendapatkan maklumat lanjut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >