Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid salahkan Mahathir semai rasa benci ke atas DAP

Dakwa Mahathir beri tanggapan palsu mengenai DAP semasa dalam Umno dulu tetapi kemudian sedia kerjasama dan terima DAP
Dec 29, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyalahkan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menanam kebencian parti dan anggotanya terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP).



Beliau, yang kini Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menambah bahawa Dr Mahathir, semasa dalam parti dulu memberikan tanggapan palsu mengenai DAP.



"Tetapi akhirnya, beliau sendiri yang menerima dan melibatkan mereka (DAP) dalam kerajaan.



"Malah Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga turut menerima mereka sebelum ini.



"Hanya kami saja, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak," katanya semasa diwawancara yang disiarkan secara langsung menerusi Saluran NR di TV YouTube, kelmarin.



Beliau akui, kerjasama politik ini telah mengejutkan dan mencetuskan bantahan dari beberapa individu dalam parti.



Bagaimanapun, beliau memberi jaminan tidak akan mengorbankan falsafah politik berikutan kerjasama politik itu.



Datuk Zahid berkata, empat prinsip utama parti akan dikekalkan, iaitu Islam sebagai agama negara, keistimewaan Bumiputera, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kuasa Raja-Raja Melayu tidak akan diubah.



Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa bantahan di kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno.



"Saya tidak boleh menamakan mereka (yang menentang), tetapi saya hanya boleh mengatakan hanya seorang dua daripada mereka yang tidak bersetuju.



"Daripada kesemua anggota, hanya dua anggota yang tidak bersetuju," ujar beliau.



Sementara itu, sebuah sekretariat tetap telah dibentuk bagi melakukan penyelarasan manifesto yang ditawarkan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan, tambahnya.



Beliau berkata, sekretariat itu ditubuhkan yang berperanan bagi menggabung jalinkan semua manifesto supaya dapat memperoleh titik persamaan.



Selain mencari persamaan, beliau berkata jika terdapat perbezaan, sekretariat berkenaan akan mencari jalan supaya jurangnya dapat dirapatkan demi kesejahteraan rakyat.



"Parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan mempunyai manifesto parti masing-masing.



"Telah dipersetujui oleh Perdana Menteri (Datuk Anwar) supaya manifesto berbeza dicari titik persamaannya.



Sehubungan itu, Datuk Zahid percaya dengan langkah itu dapat menyuburkan lagi keserasian dalam kalangan parti politik dalam kerajaan sekarang dalam tempoh lama.



"Jika kerjasama ini boleh dibuat dalam tempoh sederhana dan jangka panjang, insya-Allah dengan azam sebegitu, saya yakin apabila keserasian itu dapat tumbuh dengan subur, maka yang dapat manfaat adalah rakyat.



"Bukan soal politiking di antara parti-parti yang akhirnya memberi mudarat kepada rakyat dan memberi kesengsaraan kepada rakyat.



"Yang kami mahukan dan dambakan adalah soal kesejahteraan rakyat dengan mewujudkan kestabilan politik di negara kita," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >