Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky mohon sokongan dalam ucapan pada Kongres AS

Tiba di Amerika bagi temuan dengan Biden; kededua pemimpin gesa rakyat, masyarakat dunia terus sokong Kyiv
Dec 23, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON/KYIV: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berdiri di samping Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, di Rumah Putih kelmarin, sambil menyuarakan gesaan terhadap rakyat Amerika serta masyarakat dunia supaya terus menyokong Kyiv pada 2023, semasa pemimpin Ukraine itu melakukan lawatan, yang pertama oleh pemimpin luar negara semasa menghadapi peperangan.



Amerika telah mengirimkan sekitar AS$50 bilion ($67 bilion) dalam bentuk bantuan kepada Kyiv, sedang konflik di Ukraine itu - terbesar di Eropah selepas Perang Dunia Kedua - berlarutan, mengorbankan puluhan ribu orang, jutaan yang lain meninggalkan kediaman, dan menghancurkan bandar-bandar di negara itu.



Tetapi, beberapa anggota parti Republikan, yang akan menguasai Dewan Perwakilan Amerika tahun depan, menyuarakan kebimbangan tentang jumlah yang dibelanjakan itu.



Negara-negara Eropah turut menderita ekoran masalah bekalan tenaga dan kesannya ke atas ekonomi global.



"Sedang kita beralih ke Tahun Baru, adalah penting bagi rakyat Amerika, dan dunia, mendengar sendiri daripada anda, Tuan Presiden, mengenai perjuangan Ukraine dan perlunya untuk terus bersama anda memasuki tahun 2023," kata Encik Biden dalam satu sidang akhbar.



Encik Biden memberitahu Encik Zelensky bahawa Ukraine "tidak akan dibiarkan bersendirian".



"Perjuangan Ukraine adalah sesuatu yang amat besar," kata Encik Biden, di sidang akhbar bersama itu, sambil berikrar bahawa Amerika akan memberikan bantuan menentang "pencerobohan Russia" selagi ia berterusan.



Encik Biden berkata, beliau belum pernah melihat baik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mahupun Kesatuan Eropah (EU) sebegitu akrab sebelum ini berbanding samasa krisis Ukraine ini.



"Kami sedang membincangkan tentang sekatan dan tekanan undang-undang terhadap negara pengganas, Russia," kata Encik Zelensky, yang mengenakan pakaian biasanya, seluar hijau dan baju sweater.



Terdahulu, Encik Biden dan Wanita Pertama, Cik Jill, mengalu-alukan kunjungan Encik Zelensky di pekarangan Rumah Putih, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan di Pejabat Oval.



Presiden Ukraine itu kemudian berucap di sesi bersama Dewan Senat dan Dewan Perwakilan, dengan menyuarakan harapan agar Amerika terus menyumbangkan dana kepada negaranya untuk menentang Russia.



Encik Zelensky mengucapkan terima kasih depada Amerika atas bantuan kepada negaranya sejauh ini.



"Wang anda bukan derma amal, ia adalah pelaburan dalam keselamatan global dan demokrasi yang kita tangani dengan penuh bertanggungjawab," kata Encik Zelensky dalam ucapannya di dewan tersebut.



Sebelum itu, Encik Zelensky telah menghadiahkan kepada Encik Biden sebutir pingat yang diberikan oleh seorang kapten unit roket Himars, sambil menyuarakan penghargaan terhadap pemimpin Amerika itu atas sokongan dan bantuan terhadap Ukraine.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, kelmarin mengumumkan bahawa Amerika akan menghulurkan lagi AS$1.85 bilion dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan udara Patriot, bagi membantunya menangkis serangan-serangan peluru berpandu Russia.



Ukraine sedang menghadapi serangan bertubi-tubi peluru berpandu dan dron Russia yang disasarkan ke arah prasarana tenaga, mengakibatkan jutaan penduduk negara itu terputus bekalan elektrik dan air, semasa musim sejuk yang menyengat ini.



Peluru berpandu Patriot disifatkan sebagai antara yang paling canggih bagi sistem pertahanan udara Amerika yang boleh melindungi sebarang serangan dari udara, termasuk juga serangan peluru berpandu balistik.



Penasihat politik kepada Encik Zelensky, Encik Mykhailo Podolyak, berkata kunjungan itu membolehkan Ukraine menjelaskan tentang perlunya persenjataan canggih bagi Ukraine. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >