Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky naiki kereta api sebelum terbang dari Poland ke Amerika

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menaiki kereta api dan pesawat yang dikawal rapi oleh anggota keselamatan, mendarat di pinggir Washington kelmarin, untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Joe Biden dan berucap di hadapan para penggubal dasar Amerika Syarikat.



Pagi kelmarin, Encik Zelensky tiba dengan menaiki kereta api, di sebuah bandar di Poland, Przemy, di perbatasan Ukraine, ditemani Duta Besar Amerika di Kyiv, Cik Bridget Brink, menurut stesen berita TVN24 yang dimuatkan di halaman webnya.



Gambar-gambar di stesen TV Poland itu menunjukkan pemimpin Ukraine itu berjalan keluar dari platform diiringi oleh beberapa lelaki berpakaian tentera, menuju ke sebuah kenderaan hitam Chevy Suburban.



Perjalanan menaiki kereta api ke Poland itu perlu kerana Russia mempertikai ruang udara Ukraine, menjadikan perjalanan dengan kereta api agak jauh.



Kemudian, Encik Zelensky terbang dari lapangan terbang Rzeszow-Jesionka, yang berdekatan, yang juga menjadi hab utama di Poland bagi mengirim bantuan ke Ukraine.



Beliau mendarat dengan menggunakan pesawat pemerintah Amerika di Pangkalan Bersama Andrews, di pinggir Washington, pada tengah hari waktu tempatan, dan menuju ke Blair House, yang biasanya dijadikan tempat persinggahan para tamu terhormat.



Bendera Ukraine dikibarkan di situ.



Beliau melakukan lawatan singkat dengan menaiki kenderaan darat ke Rumah Putih, bagi mengadakan pertemuan dengan Encik Biden.



Pentadbiran Penerbangan Federal melaporkan, tidak ada isu luar biasa sepanjang perjalanan di East Coast itu.



Langkah keselamatan diambil, membataskan penerbangan berhampiran kawasan acara itu diadakan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >